Header Ads

ads header

Flash News

Mukhriz terlalu mendesak & menekan supaya “ikut pendapat dia” aje


1. PAS Kedah komited dengan ketegasannya berhubung isu perlantikan Speaker Dewan Undangan Negeri perlulah mengikuti kaedah-kaedah dalam undang-undang Tubuh Negeri Kedah.

2. Cadangan Menteri Besar Kedah untuk bertemu dengan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari pihak pembangkang belum memadai kecuali perlu melibatkan semua parti-parti politik yang berkaitan iaitu komponen Pakatan Harapan, PAS dan Barisan Nasional bagi menyelesaikan isu ini. PAS sedia kearah itu.

3. Sikap memberi tekanan dan mendesak pihak pembangkang untuk menerima hanya cadangan daripada Menteri Besar atau sebagai pengerusi Pakatan Harapan Kedah adalah sikap yang tidak profesional, adil dan matang sebagai seorang pemimpin kerajaan negeri.

4. PAS berpandangan cadangan agar diadakan PRN menampakkan kerapuhan kerajaan pimpinan blok Pakatan Harapan serta kegelabahan Menteri Besar berhadapan dengan senario yang ada di Kedah apabila kedudukan kerusi pihak kerajaan pimpinan Pakatan Harapan 18 dan kerusi kalangan pembangkang 18.

DR AHMAD FAKHRUDDIN SHEIKH FAKHRURAZI
PESURUHJAYA PAS KEDAH
27 Mei 2018


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

7 ulasan:

  1. mungkin mukhriz nak test pengundi PH sekiranya di lakukan pilihanraya semula, adakah mereka masih lagi setia menyokong setelah di kincin tentang tol, minyak dan mcm mcm lg...

    BalasPadam
  2. elok gak prn duit tengah banyak ni...

    BalasPadam
  3. Bapa borek, anak rintik. Jika bapa ditaktor, anak pun akan jadi ditaktor sebab bapa ketam mengajar anaknya cara berjalan yang 'betul'.

    BalasPadam
  4. Pakatan Kedah tidak mendapat simple majority maka pakatan Kedah tidak berhak menubuhkan kerajaan negeri Kedah.

    Walaupun pakatan telah menubuhkan kerajaan negeri Kedah, kerajaan pakatan ini sangat lemah dan bila-bila masa sahaja boleh tumbang !

    Penyelesaian terbaik ialah menubuhkan kerajaan campuran dengan PAS dan BN seperti cadangan PAS untuk kebaikan dan kebajikan rakyat atau membubarkan kerajaan negeri Kedah dan mengadakan piliharaya negeri Kedah.

    Rakyat sudah pasti akan mengundi PAS setelah pakatan gagal menunaikan janji-janji dalam manifesto pakatan dalam PRU14.

    Pakatan ada berani ka?

    BalasPadam
  5. Setuju bubar..biar rakyat ajar PH pemungkir janji.

    BalasPadam
  6. Xbrani nk bt prn...manifesto pun tipu

    BalasPadam