Header Ads

ads header

Flash News

PAS cadang 'kerajaan perpaduan' @ Unity Goverment di Perak


PAS mencadangkan kerajaan perpaduan tanpa pembangkang di Perak - suatu idea yang sudah diuar-uarkan pemimpin parti itu sebelum ini.

Kerajaan itu, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, akan melibatkan parti-parti politik yang memenangi kerusi, iaitu Pakatan Harapan, BN dan PAS.

Bagaimanapun Abdul Hadi meletakkan tiga syarat untuk merealisasikan cadangan berkenaan.

Pertama menurut anggota parlimen Marang itu, menteri besar Perak mestilah beragama Islam dan ia dipersetujui oleh majoriti anggota dewan undangan negeri (ADUN) di Perak.

"Exco kerajaan negeri pula mestilah majoritinya daripada kalangan ADUN beragama Islam," katanya.

Kenyataan itu dibacakan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Pusat yang berlangsung selama hampir tiga jam di Rusila, Marang hari ini.



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

3 ulasan: