Header Ads

ads header

Flash News

Sultan Perak beri tempoh kurang 24 jam PH, BN bukti miliki 30 DUN


IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberikan tempoh sehingga esok kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk membuktikan mereka mempunyai 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk kerajaan negeri.

Ahli Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata BN diberi masa sehingga pagi esok manakala PH sehingga 2 petang esok untuk membuktikan kedua-dua parti mempunyai 30 kerusi DUN.

“Mengikut laporan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pakatan Harapan mempunyai 29 kerusi jadi Sultan Nazrin menawarkan pilihan pertama untuk pakatan itu menubuhkan kerajaan dengan syarat ada majoriti mudah 30 kerusi.

“Bagaimanapun, pagi tadi pejabat Sultan menerima surat daripada BN memaklumkan mereka ada majoriti mudah iaitu 27 kerusi DUN BN dan 3 kerusi DUN PAS.

“Daripada surat itu dinyatakan setuju tubuh 1 kerajaan bersama BN. Bagaimanapun Sultan mahu kesahihan kandungan surat itu dan meminta BN membawa bukti dan sokongan 30 Adun pagi esok,” katanya kepada pemberita di luar Istana Kinta hari ini.

Untuk menubuhkan kerajaan negeri sesebuah parti memerlukan majoriti mudah sebanyak 30 kerusi daripada 59 kerusi DUN yang ada.



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

1 ulasan: