Header Ads

ads header

Flash News

PAS tak menang di Selangor, mantan pengerusi PKR Selangor masuk PAS


Biasanya parti yang kalah akan berduyung-duyung ahlinya keluar parti menyertai pasti yang menang. Lihat ramai ahli dan pimpinan UMNO meninggalkan parti masing-masing. Hilang maruah diri. Tapi pelik berlaku di Selangor PAS hilang kerusi Dun daripada 15 tinggal 1 aje. Ramai kata PAS sudah kalah. Tapi mereka lupa PAS adalah gerakan Islam (bukan agama Islam kan ada yang buat posting bodoh "pas bukan agama") yang mana jika perjuangan ini benar-benar ikhlas Allah pasti tolong.

Semalam berlaku peristiwa yang pelik iaitu penyerahan borang keahlian PAS oleh Tuan Haji Rahim Abd Wahab kepada YDP PAS Kawasan Selayang, Tuan Haji Zaidy Abdul Talib dalam Majlis Kenduri Rakyat PAS Dun Kuang malam tadi.


Antara jawatan yang pernah disandang oleh TUAN HAJI RAHIM ABD WAHAB ialah :
- Pengerusi PKR Selangor 2004 - 2007
- Pengarah Pilihanraya PKR Selangor - 2007
- Ketua Cabang PKR Selayang 2004 - 2010
- Ahli Majlis (PKR) MPS - 2008
- Mantan Calon PKR Dun Kuang PRU - 2004

Selamat Datang ke dalam keluarga besar PAS! ☺️
LIKE KOMEN SHARE
SEJAHTERA BERSAMA ISLAM

Ada 2 perkara yang perlu anda berfikir.
Kenapa jadi macam ini. Yang kedua nanti dia akan kena fitnah. Biasa yang masuk PAS akan kena fitnah. Sepatutnya dia berada dalam PKR. Negeri PKR punya Negara PKR punya kenapa PILIH PAS?

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

5 ulasan:

  1. Kalau berhijrah kerana lari dari padang rumput yang kering kepada padang rumput tersedia lebih subur dan bukan kerana mahu menyuburkan padang rumput yang baharu, dan bila kemarau melanda, rumput tidak lagi subur, penghijrahan akan berlaku lagi.

    Kalau migrasi adalah dari padang rumput lebih subur kepada padang rumput yang tidak subur, meskipun dianggap satu keputusan yang janggal namun bila kemarau melanda, migrasi tidak berlaku sebaliknya kecekalan dan ketabahan jadi aset untuk berdepan dengan kesusahan tersebut.

    Migrasi sebeginilah yang selama ini menjadikan padang rumput Pas mampu menempuh pelbagai cabaran dan peredaran cuaca.

    BalasPadam
  2. Sudah ditulis kan mesti ikut, tak ada sesuatu yg kita buat , dengan izin Dia rahmat hidayah

    BalasPadam
  3. InsyaAllah, jika dia ikhlas dan dgn oenuh kesedaran, ia tetap boleh menyumbang. Jk tidak, dia akn hdapi kesukaran. Doakn selamat utk pas dan dia.

    BalasPadam
  4. Mudah2an kita semua akan lebih matang dalam berpolitik. Buangkanlah perangai lama,dendam dan kebencian,juga awasi fitnah2 yang merosakkan hubungan antara manusia. Moga2 terus subur budaya politik matang dan sejahtera insya Allah..

    BalasPadam
  5. PAS akan kembali bangkit di Selangor bila fitnah PAS menjadi tongkat BN tidak menjadi kenyataan. PAS perlu mula menyusun strategi kerana lawan dalam PRU 15 ialah PH yang berubah bentuk kepada BN 2.0

    BalasPadam