Header Ads

ads header

Flash News

Pertembungan kebangkitan UMNO antara Khairy dengan Zahid Hamidi


Umno, tunjang Barisan Nasional (BN) bakal mengharungi “perdebatan serius” di kalangan pemimpinnya selepas mengalami kekalahan mengejut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan gabungan itu hilang cengkaman kuasa selama enam dekad.

Perdebatan seperti diramalkan oleh seorang pemerhati politik Malaysia, Bridget Welsh, mungkin berkisar kepada cara terbaik untuk parti berusia 72 tahun itu bangkit kembali selepas mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah.


"Ia mungkin menyaksikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuka gelanggang untuk berdebat dengan Khairy Jamaluddin dan (Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) iaitu antara generasi tua dan muda dalam parti. Perdebatan serius akan berlaku dalam Umno," kata Profesor Madya Sains Politik di John Cabot University, Rome.

Beliau bercakap semasa perbincangan panel pasca PRU14 yang dianjurkan oleh Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) di Bangkok semalam.

Menurut beliau, PRU14 menunjukkan bahawa pengundi dari generasi muda adalah dominan dan penting dalam memastikan Pakatan Harapan yang diterajui oleh negarawan berusia 92 tahun Tun Dr Mahathir Mohamed, memegang tampok kuasa.

Beberapa hari selepas mengepalai Pakatan Harapan mencapai kemenangan, Dr Mahathir mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri Malaysia yang ketujuh.

Berikutan kekalahan teruk BN, Datuk Seri Najib Razak telah meletakkan jawatan sebagai presiden Umno dan menyerahkan jawatan itu kepada timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akan menjalankan tugas sebagai presiden parti sehingga pemilihan parti akan datang.

Hishammuddin, yang juga sepupu Najib akan mengambil alih dengan menjalankan tugas timbalan presiden Umno.

Bridget pada 2016 menerbitkan buku bertajuk "The End of UMNO. Essays on Malaysia's Dominant Party" yang memberikan penilaian awal mengenai masa depan dua parti komponen utama BN – MCA dan MIC pasca hari mengundi pada 9 Mei.

Beliau berkata, MCA yang dipimpin oleh Datuk Seri Liong Tiong Lai dan MIC yang diterajui oleh Datuk Seri Dr S.Subramaniam akan “menutup operasi” selepas mengalami kekalahan yang mengaibkan pada PRU14.

Tiong Lai dan Subramaniam, masing-masing ialah bekas menteri pengangkutan dan menteri kesihatan dalam kabinet Najib, hilang kerusi parlimen dan memutuskan untuk berundur dari jawatan parti, menyebabkan parti itu yang menjadi rakan Umno semasa era Perikatan berada dalam keadaan kucar-kacir.

Pada PRU14, MCA hanya mampu mengekalkan kerusi parlimen Ayer Hitam melalui Datuk Dr Wee Ka Siong dan dua kerusi DUN sementara MIC cuma menang dua kerusi parlimen dan tiga kerusi DUN.

Mengenai sebuah lagi parti komponen BN, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang berpusat di Sarawak, Welsh berkata parti itu akan lebih "autonomi” selepas pilihan raya yang baru berakhir, seiring dengan spekulasi media baru-baru ini mengenai hasratnya untuk meninggalkan BN untuk mencari gabungan baharu.

Sarawak yang pada suatu ketika dahulu dianggap sebagai kubu kuat dan simpanan tetap BN hanya mampu menyumbang 19 kerusi parlimen kepada BN dan tewas enam kerusi kepada DAP dan PKR pada PRU14.

Sementara itu, seorang lagi anggota panel perbincangan, Phil Roberston dari Human Right Watch (HRW) Asia menyifatkan keputusan PRU14 pada 9 Mei sebagai tidak kurang “gempa politik” yang memberi harapan kepada negara-negara lain di rantau itu.

"Ia gempa bumi politik dengan magnitud sembilan pada skala Richter," kata beliau sambil menambah jika kerajaam pimpinan Pakatan Harapan menunaikan manifestonya, ia akan menjarakkan Malaysia dari negara-negara jiran dari segi hak asasi manusia, kebebasan media, pemisahan kuasa antara badan kehakiman, eksekutif dan perundangan.

- Bernama

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

2 ulasan:

  1. Satu bekas anak didik PM4/PM7.

    Satu lagi bukan anak didik PM4/7

    PM4/7 tidak meletakkan pendidikan pelapis satu dari agenda. Bukan saja ahli2 parti waima pewaris2 sendiri tidak mendapatnya.

    Contoh ketara ialah Parti B Raya. Syed Siga Raga adalah bukan anak didik PM4. Jauh lebih berdaya berbanding bekas anak didik PM4/7 dalam parti berkenaan.

    Bukanlah rahsia bila Syed Siga Raga, anytime, boleh 'makan' bekas anak didik PM4/7 dalam parti berkenaan.

    Itulah realiti KJ dan Zahid H.

    BalasPadam
  2. tak payah susah2 bang isi jee borang..4 bijik rumah dok nganga tuu..

    BalasPadam