Header Ads

ads header

Flash News

Shafie tak dibenar masuk Istana Negeri, politik Sabah tergantung


KOTA KINABALU: Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal gagal dalam cubaannya untuk mengangkat sumpah sebagai ketua menteri baru hari ini, selepas beliau dilarang memasuki istana negeri untuk memohon perkenan menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Ini susulan satu rundingan oleh Warisan dengan Parti Reformasi Negeri (STAR) bagi mencapai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

FMT difahamkan Yang di-Pertua Negeri “belum bersedia” untuk sebarang upacara angkat sumpah hari ini, dan meminta Shafie ke istana negeri nanti.

Shafie sebelum itu tiba di istana negeri dengan isterinya dan Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking.

Pasukan Simpanan Persekutuan menghalang jalan menuju Istana Negeri.

Rundingan pihaknya dengan STAR menyelesaikan kebuntuan berhubung jumlah kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri. Warisan bawah pimpinan Shafie dan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) memenangi 29 kerusi, menjadikan jumlah kemenangan mereka seri dengan BN.

STAR memenangi 2 kerusi, menjadikan parti pimpinan Datuk Jeffrey Kitingan sebagai penentu (kingmaker) dalam pertarungan itu.

Shafie merancang untuk mengangkat sumpah sebagai ketua menteri baru pada 10.00 pagi ini, dan Jeffrey, pengerusi STAR, dijangka dilantik sebagai salah seorang daripada 3 timbalan ketua menteri.

Sumber dalaman Warisan bagaimanapun mengatakan Tan Sri Musa Aman dan pemimpin BN Sabah lain sudah berada dalam istana. FMT tidak dapat mengesahkan perkara ini.

Susulan itu, Shafie telah pulang ke rumahnya di Taman Golfview, Penampang, lebih kurang 6km dari istana, diiringi penyokongnya dalam satu konvoi disertai lebih kurang 15 kenderaan.

Buat masa ini, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengatur kedudukan di kawasan sekeliling Jalan Istana.



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Tiada ulasan