Header Ads

ads header

Flash News

Tarikh majlis angkat sumpah MB Negeri Sembilan belum jelas


Masih belum ada tarikh jelas bila menteri besar Negeri Sembilan akan angkat sumpah.

Bagaimanapun, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Negeri Sembilan mengesahkan namanya sudah diketengahkan sebagai calon menteri besar kepada Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

"Hari ini saya menyerahkan surat temu janji daripada presiden HARAPAN berhubung temu janji dengan menteri besar baru (kepada Yang Dipertuan Besar).

"Nama yang diserahkan oleh presiden HARAPAN adalah Aminuddin Harun.

"Syukur, semua berjalan lanca. Insya-Allah, Tuanku (Muhriz) memaklumkan majlis angkat sumpah menteri besar akan diadakan secepat mungkin," kata Aminuddin kepada pemberita.

Beliau ditemui ketika meninggalkan Istana Seri Menanti yang merupakan kediaman rasmi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Ketika diminta mengulas lanjut jika ada tarikh tertentu majlis angkat sumpah itu diadakan, beliau menegaskan ia terpulang kepada Tuanku Muhriz.

Tambah Aminuddin, kesemua 20 wakil dewan undangan negeri HARAPAN negeri itu berkumpul di istana bagi mengadap Yang Dipertuan Besar selepas menerima jemputan.

Ia perjumpaan yang mesra dengan Tuanku Muhriz, katanya, dan menambah bahawa antara yang dibincangkan adalah isu negeri dan pembangunan Negeri Sembilan.

Selepas menang majoriti mudah dengan memenangi 20 daripada 36 kerusi DUN semalam, HARAPAN Negeri Sembilan kini boleh menubuhkan kerajaan negeri.



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Tiada ulasan