Header Ads

ads header

Flash News

TMJ ingatkan pemimpin PH tak lupa kedaulatan Johor


JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menasihati parti politik yang memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di negeri itu bahawa Johor adalah negeri berdaulat yang mempunyai cara, budaya dan tata tertib sendiri.

Baginda bertitah semua yang berkhidmat kepada negeri Johor adalah hamba kepada rakyat serta kedaulatan negeri Johor, dan kesejahteraan rakyat mesti menjadi keutamaan semua yang berkhidmat kepada kerajaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

“Walau apa pun terjadi, sentiasa pentingkan hak dan kesejahteraan rakyat bukan kepentingan peribadi. Kita harus belajar daripada kesilapan orang lain.

“Saya ingin mengingatkan sekali lagi jangan lupa kedaulatan negeri Johor, perlembagaan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor. Walau apa pun terjadi, Johor mesti sentiasa jadi Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan beberapa negeri pada PRU14, termasuk Johor yang menyaksikan PH memenangi 36 kerusi DUN, manakala BN memperoleh 19 kerusi dan PAS 1 kerusi.



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Tiada ulasan