Header Ads

ads header

Flash News

Wajarkah Belanja Siaran Langsung Piala Dunia RM40juta?


1. Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Gobind Singh Deo mengumumkan kerajaan akan menayangkan perlawanan Piala Dunia 2018 secara langsung di RTM. Kos yang akan dibelanjakan adalah RM 40 juta bagi 41 perlawanan yang mana 27 secara siaran langsung dan 14 melalui siaran tertunda.

2. Dalam keadaan negara terpaksa berjimat cermat kerana bebanan hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu, ramai mempersoalkan tindakan Kementerian membelanjakan RM40 Juta. Namun ada yang berhujah ianya akan dibiayai melalui pengiklanan. Angka pengiklanan yang dianggarkan adalah RM250 Juta.

3. Setelah saya menyemak laporan kewangan  RTM 2013-2016 (2017 tidak dipaparkan) melalui laporan tahunan kementerian di laman sesawang rasmi kementerian, saya dapati jumlah pendapatan RTM melalui pengiklanan adalah seperti berikut :

2013 = RM 2.48 Juta
2014 = RM 51.9 Juta (Piala Dunia Brazil)
2015 = RM 38.6 Juta
2016 = RM 43.1 Juta

4. Jika diteliti, pada 2014 iaitu tahun pertandingan Piala Dunia di Brazil, RTM menyiarkan siaran langsung dan hasil yang diperolehi oleh RTM melalui pengiklanan adalah RM 52 Juta. Manakala tahun tahun lain, pendapatan yang diperolehi sekitar RM 40 Juta. Ia adalah pendapatan pengiklanan sepanjang tahun. Jadi lebihan pendapatan pengiklanan pada tahun piala dunia hanyalah RM 12 Juta sahaja.

5. Kesimpulannya, adakah berbaloi kerajaan membelanjakan RM 40 Juta dengan anggaran pendapatan RM 12 Juta? Ketika rakyat diminta menyumbang ke Tabung Harapan Rakyat bagi menyelesaikan hutang negara, Kerajaan berbelanja pada perkara bukan keperluan. Saya merasakan ia sangat tidak wajar dan mencadangkan agar Menteri menpertimbangkan semula keputusan beliau.

Nurul Islam Mohamed Yusoff
31/5/18


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

2 ulasan:

  1. Duit tabung Milo hanya berjumlah 7 juta. Nak bayar bagi siaran tertunda piala dunia 2018 pun tak lepas.

    BalasPadam
  2. Kalau difikirkan tentang hutang negara berjumlah trilion tu pasti jawapannya TAK PATUT kerana itu boleh dikira membazir ....

    BalasPadam