Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan PH Gagal Tunai Janji Hapus Tol


HARAPAN rakyat untuk menikmati janji Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi menghapuskan semua tol lebuh raya di Semenanjung tidak kesampaian apabila Kerajaan PH hari ini mengumumkan hanya 50 peratus potongan kadar tol untuk tempoh dua hari sebelum Aidilfitri.

Ini ternyata bercanggah dengan manifesto PH yang berjanji untuk menghapuskan tol di seluruh negara andainya menjadi kerajaan demi meringankan beban rakyat.

Pastinya harapan berjuta-juta pengguna lebuh raya yang akan pulang ke kampung halaman untuk berhari raya bukan saja hampa kerana tidak dapat tol percuma, malah masih perlu keluar duit belanja untuk bayaran tol. Ia pasti membebankan mereka khususnya yang berpendapatan rendah dan menggunakan lebuh raya untuk perjalanan jauh.

Pengumuman hari ini menyerlahkan Kerajaan PH mungkin telah menyedari realiti bahawa penghapusan tol tidak realistik dan sukar dilaksanakan. Sekaligus menunjukkan janji manifesto itu hanya sebagai janji atau ‘gula-gula’ politik bagi meraih undi.

Menurut agensi penarafan RAM Ratings, penghapusan semua tol lebuh raya akan membabitkan bon dan sukuk berjumlah RM53 bilion. Ini bermakna ia adalah kerugian besar kepada pemegang konsesi dan kerajaan bagi tempoh yang singkat.

Oleh itu, bagaimana kerajaan mampu menanggung perbelanjaan bagi melunaskan hutang dengan syarikat konsesi ini, yang ada antaranya baru memulakan kutipan bagi membiayai kos pembinaan lebuh raya mereka?

Apakah masa depan pembinaan lebuh raya lain, misalnya Lebuh Raya bertingkat Ulu Klang-Sungai Besi (SUKE Highway) kendalian firma Prolintas mampu diteruskan tanpa kutipan tol? Projek berharga RM48 bilion itu memerlukan suntikan modal yang besar untuk pembinaannya. Apakah kerajaan sanggup menanggung kosnya, dan bagaimana?

Sebenarnya rakyat sudah menerima cara sistem bertol ini sejak PLUS mengutipnya pada zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ke-4.

Seperti di negara lain, sebahagian besar rakyat Malaysia memahami tujuan kutipan tol oleh syarikat konsesinya. Biarpun jalan raya alternatif masih ada, mereka selesa menggunakan lebuh raya bertol untuk ke destinasi, serta faham ia dibina untuk kemudahan mereka.

Mereka juga faham kos yang tinggi untuk membinanya di sesetengah tempat, masalah pengambilan alih tanah serta pampasan.

Oleh itu, Kerajaan PH tidak wajar menggula-gulakan rakyat dengan janji penghapusan tol semata-mata untuk meraih undi. Apa jua janji kepada rakyat, mestilah ditunaikan sebaik mungkin, tanpa alasan dan helah politik.

Susulan pengurangan hanya 50 peratus dan dua hari saja menjelang Aidilfitri, rakyat mula tertanya-tanya dan kecewa terhadap Kerajaan PH yang hanya pandai retorik. Tindak tanduk Kerajaan PH mula tidak ketentuan malahan sanggup menjadikan isu 1MDB sebagai agenda politik dan menjanjikan rakyat dengan angan-angan yang besar seperti pemansuhan tol kononnya.

Mungkin PH kini tercari-cari jawapan sebenar dari segi implikasi kewangan kepada kerajaan dan pemegang konsensi tol sekiranya tol dihapuskan. Tambahan pula, dalam keadaan pasaran saham yang merundum, penurunan berterusan ringgit dan penarikan keluar modal asing, pastinya merungsingkan kerajaan sekarang.

Ini bukan salah rakyat dan rakyat tidak sepatutnya dipermainkan. Akibat pentadbiran Kerajaan PH yang cacamarba, pelabur luar mula menampakkan kesangsian untuk menanam modal dan pelaburan di negara ini.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

8 ulasan:

  1. Tol kl - simpang renggam jer yg free

    BalasPadam
  2. 70% undi Melayu tak pergi pada PH, hanya 30% undi Melayu pergi pada PH. Ini bermakna hanya 30% Melayu yang terpesona dengan janji2 yang tak masuk dek akal sementara 70% lagi sudah boleh ketawa sambil berguling guling:"rasakan, rasakan, lain kali percayalah lagi". Kah kah kah!

    BalasPadam
  3. Kita minta kerajaan pakatan hapuskan tol lebuh raya Utara-Selatan dan MRR2 dahulu sebaimana janji pakatan dalam PRU14 konon pakatan mahu hapuskan tol dan turunkan harga minyak sebaik sahaja pakatan berkuasa!

    Tol menyebabkan kos pengangkutan barangan dan penumpang meningkat ! Hapuskan tol dan turunkan harga minyak , harga berangan dan tiket penumpang akan menjadi lebih murah.

    Jangan jadi kerajaan baru yang sembang lebat, habuk pun tarak.

    BalasPadam
  4. Allah nak zahirkan pembohong dan penipu pemfitnah dan janji2 puak munafik dan Allah dah tunjuk sedikit demi sedikit kebenaran kpd rakyat malaysia yg percaya ke PH padahal menipu janji2 PRU mereka.. dan kpd penyokong dan ahli2 Pas yg mengundi Ph dan mempercayai Pas akan berUG dgn Bn fitnah rm 90juta dan tidak mampu memerintah kalau menang jika bersendirian.. akhirnya Allah dah tunjukkan dikelantan dan terngganu Pas memang mampu memerintah negeri dan negara jika diberi kepercayaan tapi itulah hakikatnya Allah telah beri kita jalan utk memilih tapi kita telah silap memilih dan akan dipetanggungjawabkan didepan Allah nanti Alhamdulillah aku telah mengundi PAS dan akan terus mengundi PAS pada PRU akan datang insya Allah moga Allah kurniakan aku istiqomah, kekuatan dan umur takbirr...

    BalasPadam
  5. Ni akibat tak percaya dgn golongan ulama. Kan dah kena tipu. Kata2 Ambiga lebih keramat dari TGHH. Tapi yg sedihnya masih lg dok pertahan dgn alasan yg budak2 pun tak blh terima.

    BalasPadam
  6. Ni akibat tak percaya dgn golongan ulama. Kan dah kena tipu. Kata2 Ambiga lebih keramat dari TGHH. Tapi yg sedihnya masih lg dok pertahan dgn alasan yg budak2 pun tak blh terima.

    BalasPadam