Header Ads

ads header

Flash News

Harapan Rakyat Kini Makin Pudar Terhadap Kerajaan PH


SELEPAS dua minggu Malaysia ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH), tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masih tidak ada satu langkah dilaksanakan kerajaan baharu yang dapat dirasai oleh rakyat.

Sepuluh janji utama yang konon akan dilaksanakan dalam masa 100 hari itupun menurut dalih kerajaan PH akan mengambil masa lama pula. Hari ini sudah 13 hari, ada lagi baki 87 hari untuk kerajaan PH tunai janji mereka.

Bagi penjawat awam, ada satu berita gembira pada mulanya akan dinikmati pada 1 Julai iaitu satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) seperti diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 April lepas.

Malangnya sekarang ini, berita baik itu pun sudah jadi samar-samar kerana ia sudah diumumkan hanya akan dapat ditentukan semula oleh pentadbiran baharu yang tentunya tidak terikat langsung dengan kerajaan terdahulu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dipetik media berkata pengumuman yang dibuat oleh Najib itu kali ini terpulang pula kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk meneruskan isu tersebut.

“KGT itu sebenarnya adalah janji (kerajaan) dahulu, sekarang kita serah kepada kerajaan baharu untuk tentukan. Kita perlu ikut manifesto dibuat kerajaan sekarang ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu,” kata beliau.

Maka jelaslah kini semakin pudarlah harapan rakyat terutama 1.6 juta penjawat awam untuk dapat merasakan khabar gembira yang langsung untuk rakyat selepas PH diundi untuk memerintah Malaysia selama lima tahun ini.

Hakikatnya tempoh masa untuk rakyat merasa buah tangan PRU lepas semakin panjang. Silap hari bulan, bak kata Mahathir sendiri ketika diwawancara akhbar The Straits Times Singapura, mereka tidak mampu penuhi semua janji.

Cukai barang dan perkhidmatan (GST) entah bila akan dimansuh sekali tetapi bakal diganti cukai lama 10 peratus, harga minyak entah bila turun jadi RM1.50, kenaikan kadar BR1M yang diumumkan Najib juga tidak ada khabar.

Yang benar-benar berlaku ialah, ramai kakitangan awam diberhentikan kerja yang datang dari pelantikan secara kontrak. Ada 17,000 pekerja kerajaan dalam kumpulan berkenaan akan melalui masa depan ketiadaan pekerjaan.

Ribuan pekerja ICU dibuang minggu lepas, ratusan pekerja JPM dipecat serta merta dalam satu taklimat minggu lepas dan 3,600 guru KAFA di Kelantan juga kena buang. Ini belum lagi kira pelbagai agensi akan dibubarkan!

Paling pelik ribuan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) akan dipecat walhal Perdana Menteri tidak berhak membubarkan Jasa kerana ia ditubuhkan dengan titah Yang di-Pertuan Agong setahun selepas negara merdeka.

Ketika itu ia dinamakan Bahagian Hal Ehwal Khas (BHEK). Tujuan asal penubuhannya adalah untuk memelihara serta mempertahankan kestabilan politik, agama dan kerajaan yang memerintah daripada pihak anasir tertentu.

Pada akhir 1960, BHEK ditukarkan kepada Cawangan Hal Ehwal Khas (CHEK) dan masih lagi di bawah Jabatan Perkhidmatan Penerangan. Pada tahun 2000, mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan penubuhan jabatan baru.

Agensi tersebut diletakkan terus di bawah Kementerian Penerangan Malaysia dengan menaikkan taraf CHEK sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas (JHEK) yang kemudian ditukar namanya kepada Jasa mulai tahun 2004.

Justeru, jangan kerana nasihat DAP dalam PH, maka Jasa dibubarkan. Bahkan jangan kerana nasihat DAP, maka Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mempunyai ribuan pekerja terpaksa dibuang begitu sahaja.

Agensi ini tidak sama bidang kuasanya daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) serta badan penguatkuasaan lain seperti polis trafik yang agak jauh beza fungsinya.

Mahathir sebaliknya umum potong 10% daripada gaji menteri tetapi hanyalah retorik dan wayang sahaja. Kalau gaji RM22,000, ada 14 orang menteri, itu baru jimat RM30,800 sebulan. Setahun pula baru jimat RM369,600 sahaja!

Bolehkah jumlah ciput itu hendak bayar hutang kerajaan konon RM1 trilion yang diwarisi daripada zaman Barisan Nasional (BN) memerintah dengan cemerlang selama 60 tahun? Sebenarnya potong gaji itu tidak beri kesan pun.

Menjelang Hari Raya Puasa, kenaikan gaji sudahlah tidak dapat, harga minyak tidak turun tetapi kekal, GST tidak dimansuh namun baru mahu cari cara penyelesaiannya. Buang 6% GST, dapat 10% SST. Itu yang rakyat hendak?

Sebetulnya yang menjadi mangsa dek kerakusan nafsu PH hendak menawan kerajaan ialah rakyat apabila terpesona dan mengundi calon mereka. Hasilnya beribu-ribu hilang kerja dan kenaikan gaji pula ditangguh. Berbaloikah?

Kerajaan PH kena ingat, duit yang ada dalam kantung perbendaharaan negara sekarang adalah hasil usaha Najib. Tetapi kini berbilion-bilion ringgit dana ekuiti pelaburan asing sudah ditarik keluar dari Bursa Malaysia.

Saham jadi tidak menentu selama 13 hari urus niaga dagangan. Apakah hasil yang kerajaan PH baru bawa sekarang? Proton yang dulu kata konon China jajah, sekarang kekal sama malah kerajaan PH enggan membelinya balik.

Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang dulu kata gadai kepada China, kini masih sama. Lebih lucu kos projek mega itu naik daripada RM55 bilion kepada RM66 bilion walhal dulu pernah kata boleh kurang separuh.

Jadi apa yang sudah diselamatkan? Ramai kena buang adalah. Ketua ketua kampung yang dapat elaun RM1,200 sebulan pun tidak lagi dapat nikmat itu. BR1M pun belum tentu dapat lagi pada Jun ini untuk menyambut Syawal.

Maka moral ceritanya, undilah lagi ikut emosi, dan inilah padahnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

29 ulasan:

  1. Apa2pun tahniahlah kepada pengundi2 PH. Den dah koba itu hari pikir dolu sebolum buang undi. Perampok dgn Penyamun tu 2x5

    BalasPadam
    Balasan
    1. RUMUSANNYA PH=BN

      Padam
    2. Lebih teruk dari BN.Menyesal aku undi belum 5 minggu lagi bahang dah rasa janji pn dh byk yg dimungkiri JAKIM dan UITM PUN DAH TERGUGAT.

      Padam
    3. Sebilangan pemimpin-pemimpin pakatan berjanji kepada rakyat sebelum PRU14 jika semua janji dalam manifesto pakatan akan ditunaikan sebaik sahaja pakatan memenangi PRU14 dan menggulingkan kerajaan BN.

      Tunggu punya tunggu punya tunggu, pengundi pakatan kena kencing daaa !

      Harga minyak tidak turun, tol tidak dihapuskan, GST tidak dihapuskan, BR1M tidak ketentuan, beban rakyat semakin berat kerana harga barang meningkat pada tahap gila babi dll.

      17,000 kakitangan awam dan 3,600 guru KAFA yang terdiri dari ustaz dan ustazah Melayu Islam dibuang begitu sahaja tanpa belas kasihan seolah-olah tiada belas kasihan untuk kaum Melayu Islam apabila pakatan memerintah.

      Sekarang kerajaan pakatan sentiasa menyalahkan kerajaan BN untuk menutup kelemahan dan kegagalan pakatan menunaikan janji-janji PRU14.

      Bahkan pemimpin-pemimpin kerajaan pakatan telah mencipta dakwaan yang tidak berasas kononnya kerajaan berhutang RM1.087 trilion supaya rakyat melupakan semua janji pakatan semasa PRU14 sedangkan hutang sebenar kerajaan ialah adalah RM686.8 bilion atau 50.8 peratus KDNK.

      Inilah akibatnya pengundi-pengundi jahil yang mudah ditipu oleh janji-janji (kencing?) manis yang dijanjikan oleh biawak lidah bercabang yang tidak bertulang.

      Bahkan sekarang MP kafir lebih ramai dari MP Muslim dalam kerajaan pakatan sekarang maka sudah pasti puak kafir akan mempengaruhi dasar-dasar kerajaan pakatan.

      Bahkan parti DAP sendiri didakwa bersikap anti-Islam kerana menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

      Dan kebimbangan kita menjadi lebih kritikal kerana sebilangan pemimpin-pemimpin kerajaan terdiri dari puak Islam liberal atau liberal yang sesat lagi menyesatkan kerana mentafsirkan Al-Qur'an berdasarkan logik sendiri dan mempertikai dan menolak Sunnah.

      Sepatutnya pengundi-pengundi Melayu mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU14 untuk menggulingkan kerajaan BN.

      Sekarang nasi sudah jadi bubur, terimalah akibatnya kerana mengundi pakatan !

      Allah telah berfirman yang bermaksud:

      "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan." (Hud 11:113)

      Padam
  2. Ambe alhamdullilah bermastautin di terengganu.walaupun kerajaan negeri tidak menjanjikan bulan dan bintang. apabila mereka yg berauthoriti membuat kenyataan mengenai DANA RAYA, AIR PERCUMA 20m3, DISKAUN LESEN MOTOR REMAJA. NIKAH PERCUMA,MANSUH CUKAI PINTU, BKN SIFARKAN. PEMILIKAN RUMAH PD MEREKA YG LAYAK.bagi ambe tunai manifesto adalah BONUS TTP memartabat ISLAM adalah grand prize bg ambe. pilihan yg tepat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesungguhnya saya cemburu dgn Trengganu...Moga rakyat Trengganu terus makmur dibawah panji Islam

      Padam
  3. Belum sebulan lagi PH memerintah .Kalau ya pun bagilah masa untuk sama2 membina semula Malaysia .Jangan asyik mengutuk je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PH janji bila dpt tawan putrajaya minyk turun terus serta merta rm1.50 tapi habok pun tarak.Apa2 pun tahniah pyokong2 PH kerana percaya dgn janji2 palsu pemimpin2 munafiq. Kita tggu masa sebulan lg pula ya. Apa2 pun ribuan pekerja tlh pun dibuang di ICU, ratusan pekerja di JPM dibuang serta merta tanpa memikir bgmana keadaan hidup mereka tanpa gaji, 3,600 guru kafa dibuang. Bagusnya kjaan PH kita yg baru iaitu Undilah Pakatan Harapan untuk memenuhi impian di masa hadapan ha ha.

      Padam
    2. Wah penyokong-penyokong pakatan mudah lupa ! Bukankah sebelum PRU14 sebilangan pemimpin-pemimpin pakatan telah berjanji kepada rakyat untuk melaksanakan semua janji pakatan sebaik sahaja pakatan menang?

      Padam
    3. Bkan kutuk la..tp knyataan..doh tau mmg msia dlm kdaan bgtu tenat msh nk brjnji..jnji utk umpan rkyat..ari ni ph mng esk gst dihpuskn..ari ni ph mnang esok hrg mnyak diturunkn..sembang kencang..lg pn xyah ckap kami kutuk..kamu pan lu teruk..memfitnah terhebat dlm sejarah..kejahatan yg x bole dimaafkan..mnang atas dasar janji jarak dan fitnah..pan kamu akan dikutuk sampai bila2..pengkhianat Islam.

      Padam
  4. Sepatutnya dah ada cara dan pendekatan mcm mana nak urus negara yg sememangnya dah diketahui ada hutang. Atas pentas ceramah bagai nak rak kata kita tahu. Rupanya baru nak pikir,terkial-kial cari penyelesaian. Tut2 ada cadangan minta lancarkan tabung derma selamatkan m'sia dan jual saham petronas. Kalau mcm ni ajk surau pun blh jadi penasihat ekonomi. Dulu sy pernah joke ngan kawan ,sepatutnya depa ni hire Dato vida or Dato Alif jadi economy advisor. Pasal depa ni lagi cemerlang. Jual air botol pun boleh jadi millionaire

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik.. Dulu anwar penah bgtau tun daim tu menteri korup.. Tp la ni dia dh jd penasihat gomen.. Nasib kita la.. Hehe .

      Padam
    2. pak menteri pertahanan ada kataini org geng bapak penyamun.

      Padam
  5. Sepatutnya dah ada cara dan pendekatan mcm mana nak urus negara yg sememangnya dah diketahui ada hutang. Atas pentas ceramah bagai nak rak kata kita tahu. Rupanya baru nak pikir,terkial-kial cari penyelesaian. Tut2 ada cadangan minta lancarkan tabung derma selamatkan m'sia dan jual saham petronas. Kalau mcm ni ajk surau pun blh jadi penasihat ekonomi. Dulu sy pernah joke ngan kawan ,sepatutnya depa ni hire Dato vida or Dato Alif jadi economy advisor. Pasal depa ni lagi cemerlang. Jual air botol pun boleh jadi millionaire

    BalasPadam
  6. Harapan Rakyat Kini Makin Pudar Terhadap Kerajaan PH, namun Kjaan PH akan meneruskan impian utk memenuhi harapan rakyat. Impian tggal impian hmm.

    BalasPadam
  7. Melayu adalah bangsa yg paling BODOH dalam dunia, bkn dlm msia tau. Aku percaya dgn cakap lim guan eng ni mmg betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan setakat BODOH TP boleh diPERKUDA

      Padam
  8. Tak kiralah melayu atau apa bangsa sekalipun...mana mana yang menolak fikrah Islam bukan setakat bodoh dalam dunia...tapi sombong pula.. maka jadi bodoh sombong berlapis lapis

    BalasPadam
  9. Dulu depa kutip wang caj ke atas plastik tapi tak tahu pi mana

    Kini depa nak kutip lagi banyak, tapi siapakah yang akan pegang duit???

    BalasPadam
  10. Kalau betul2 serius dan ikhlas dengan reforms, perkara pertama ikut tertib ialah meletakkan Petrolnas di bawah parlimen sebagaimana yang disarankan oleh Dap secara berulang2 kali sebelum ini. Kini Dap dah ada kuasa, maka anak LKS lah yang akan letak Petrolnas kat parlimen. Bila?

    BalasPadam
  11. Banyak kerajaan di dunia yang menipu rakyat dan gagal memenuhi janji2 utama, telah secara sukarela di bubarkan meskipun baru setahun jagung memerintah yakni meskipun sebelum tempoh pemerintahannya tamat, adalah bagi memberi laluan pada pilihan raya semula yang mana kerajaan yang baru, yang bukan penipu tapi mampu yang akan dipilih.

    BalasPadam
  12. Silaplah undi ph kalau undi bn lagi bagus najib bolih tambah peti besi banyak2 dan stor besar utk simpan beg berkin. Hutang bertrillion tapi tak apa rakyat akan bayarkan. Pas tak nak lawan bn biarkan ph aja lawan sebab tak reti nak bayar utang yg ditinggalkan najib cukuplah sekadar jadi punahsihat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Woi barua pakatan, cukup-cukuplah menjaja fitnah terhadap PAS. Kesalahan orang pun diletakkan pada PAS menunjukkan barua pakatan sakit mental.

      Siang dan malam barua-barua pakatan menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan dan kegagalan kerajaan pakatan menunaikan janji PRU14.

      PAS menentang BN dan pakatan dalam PRU 14 adalah bukti kukuh PAS bukan barua BN atau pakatan.

      Woi barua pakatan , mana semua janji pakatan? Sudah ke laut kah?

      Padam
    2. Maaf yang mulia tuan. Modal PAS tak nak lawan BN dah basi. Terbukti PAS berjaya rampas Terengganu. Atau mungkin yg mulia Tuan baru bangun tidur.

      Padam
    3. Melayu pakatan hampeh jual agama dan jual diri dengan kafirun.JAKIM pun nak dihapuskan.

      Padam
  13. Merekalah cipta isu dan merekalah yang berkelahi dan merekalah berbaik rakyat dimangsakan itulah pemimpin hipokrit PH + BN. Siang jadi manusia malam jadi ular cerita jins shamsudin, boleh berubah-ubah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Drama PH lebih hebat dari drama kat astro.Muak dan memualkan arahah mamak dan gangnya.

      Padam