Header Ads

ads header

Flash News

YDP Sabah buat laporan polis kepada Musa Aman


KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) Sabah, minggu lalu.

Laporan polis itu dipercayai ada kaitan dengan upacara angkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri oleh Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman, pada 10 Mei lalu.

Difahamkan, susulan laporan polis itu, pemimpin terbabit dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah Rabu lalu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan yang dijalankan berkaitan ugutan jenayah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan itu namun enggan mengulas lanjut.

Pada 10 Mei lalu, Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di hadapan yang di-Pertua Negeri selepas BN bersama Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) memiliki 31 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, dua hari kemudian Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri apabila mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas enam ADUN BN menyokong beliau.

Susulan itu, pada Isnin lalu, pihak Istana menyerahkan surat pemberitahuan daripada Tun Juhar bahawa Musa bukan lagi Ketua Menteri.

Khamis lalu, Musa menfailkan saman terhadap Juhar dan Mohd Shafie menerusi firma guaman Messrs FT Ahmad & Co, bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau kekal sebagai Ketua Menteri yang sah mengikut peruntukkan undang-undang.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

1 ulasan:

  1. Bila cukup cukup makan buat seperti cukup cukup makan. Berilah laluan pada muka baharu. Tak rugi pun kalau tak greedy.

    BalasPadam