Header Ads

ads header

Flash News

100 hari tak cukup tunai janji HARAPAN, kata Wan Azizah


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan mengambil masa yang lebih panjang untuk menunaikan semua janji manifeso dalam 100 hari atas faktor hutang negara.

“Kita ada masalah kewangan dan perlu bayar hutang. Jika dahulu kita tidak tahu sejauh mana masalah ini (hutang negara) berlaku. Sekarang kita sudah mendapat tahu masalah ini dan kita mohon sedikit ruang untuk untuk tunai semua janji dalam 100 hari,” katanya ketika ditemuramah dalam lintas langsung rancangan Bernama News di Bernama News Channel hari ini.

Lintas langsung tersebut bersiaran dari Seri Perdana, Putrajaya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri 2018.

Bagaimanapun katanya, kerajaan PH telah menunaikan beberapa janji yang telah dibuat dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke 14 termasuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar dan menstabilkan harga minyak.

Dalam pada itu Dr Wan Azizah turut melahirkan rasa gembira dan bersyukurnya kerana setelah sekian lama beliau dan keluarga dapat meraikan Aidilfitri bersama suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dibebaskan dari penjara.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menyeru rakyat Malaysia supaya terus menjaga keamanan dan perpaduan di negara ini walaupun terdiri dari pelbagai kaum dan agama.

“Kita ini unik. Negara kita terdiri dari rakyat yang berbilang kaum dan bangsa. Itu aset yang mesti kita pelihara, pupuk dan perbaiki. Dunia telah menyaksikan kita dapat menukar kerajaan (Barisan Nasional) yang sudah 61 tahun itu dengan aman dan tenteram,” katanya.

- Bernama

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

4 ulasan:

  1. Bila 52% pengundi pelbagai kaum menampilkan kematangan. Bila 70% pengundi muslim menghayati ajaran, hasilnya adalah keamanan dan ketenteraman.

    Secara tidak langsung membuktikan tanpa undang2 drakonianpun ketenteraman dan keamanan masih boleh dicapai meskipun dalam suasana semasa yang jelek: pembohongan mengatasi keikhlasan.

    Suasana yang jelek ini akan terus diharungi dengan penuh kesabaran. Namun sabar ada hadnya. Had itu akan memuncak bila pembohongan demi pembohongan tidak nampak penghujung.

    BalasPadam
  2. Tipu tetap dinamakan tipu, dalam kamus dewan bahasa istilah tipu tak akan situkar dari zaman dahulu sehingga bila2. Tipu adalah pembohong, bercakap tidak benar, putar alam, kelentong, munafik dan perkataan yg sebahasa dgnnya.Hidup tanpa menipu ini seperti istilah berniaga iaitu "kalau tak tipu bukan ......" Sampai bila2 akan ayat tersebut akan diingati oleh pembeli sampai bila2. Tak salah mansuhkan tol sebahagian sahaja contoh dari utara hanya ke Ipoh... nak seribu daya kalu nk tipu seribu alasan..

    BalasPadam
  3. Alasan...hutang..itu jerlah...Manipulasi hutang part 2 skrip dah ada..so ulang dan ulang dan ulang...biar rakyat yng uneducated percaya yng PH laknatullah ni benar2 ikhlas dan tunaikan Manifesto mereka...sudahlah...rakyat yng educated dah lama tahu PH ni kaki putar alam..kaki fitnah...slogan PH kan..kroni didulukan.. janji dicapatikan...Selamat Hari Raya utk warga Umno

    BalasPadam
  4. Macam ni lah Kak Wan, kata lah teori hutang kita 1 trillion diterima pakai, apa kena mengenanya dengan KWSP untuk Isteri tu ia tak kan mengubah apa2 dari segi pebelanjaan negara. Jangan ambil sambil lewa dengan mandat yang telah diberikan. Bersungguh2 lah tunaikan janji yang telah dibuat atau kebangkitan rakyat akan kamu rasa selepas Hari Raya Haji tahun ni. Berkorbanlan atau pemerintahan BN akan kembali bertaut .... satu mimpi ngeri yang kami sejujurnya tidak mahu lihat kerana kami anti BN jugak.

    BalasPadam