Header Ads

ads header

Flash News

Bersalaman & Ditusuk Besi


Hari raya semakin hampir, pastinya kita bersalaman antara saudara-mara pakcik makcik, sepupu-sepapat dan sebagainya.

Mari kita lihat, apakah dibolehkan bersalaman saling lawan jenis (lelaki-perempuan bukan mahram). Oleh itu sebelum bersalaman, kenalilah siapa bukan mahram kita.

Insya'allah bagi sesiapa yg telah mula berhenti dari bersalaman lawan jenis, berdoalah di Ramadhan ini agar Allah bantu kita, jaga kita dari bersalaman lawan jenis di pejabat. Ini dikeranakan ancamannya yg sangat berat saudaraku.

Tolaklah dengan baik bila sesiapa yg bukan mahram hulurkan tangan. SENYUMAN dan menunjukkan signal kita tidak boleh bersalaman sudah cukup membantu mereka faham. Semoga Allah karuniakan pahala atas dakwah yg baik kalian kepada mereka.

Dalil-dalil yang melarang berjabat tangan dengan bukan mahram.

TELADANI RASULULLAH DALAM HAL BERSALAMAN

‘Urwah bin Az Zubair berkata bahwa ‘Aisyah –istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam– berkata,

كَانَتِ الْمُؤْمِنَاتُ إِذَا هَاجَرْنَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يُمْتَحَنَّ بِقَوْلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ (يَا أَيُّهَا النَّبِىُّ إِذَا جَاءَكَ الْمُؤْمِنَاتُ يُبَايِعْنَكَ عَلَى أَنْ لاَ يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا وَلاَ يَسْرِقْنَ وَلاَ يَزْنِينَ) إِلَى آخِرِ الآيَةِ. قَالَتْ عَائِشَةُ فَمَنْ أَقَرَّ بِهَذَا مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ فَقَدْ أَقَرَّ بِالْمِحْنَةِ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا أَقْرَرْنَ بِذَلِكَ مِنْ قَوْلِهِنَّ قَالَ لَهُنَّ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « انْطَلِقْنَ فَقَدْ بَايَعْتُكُنَّ ». وَلاَ وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ. غَيْرَ أَنَّهُ يُبَايِعُهُنَّ بِالْكَلاَمِ – قَالَتْ عَائِشَةُ – وَاللَّهِ مَا أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَلَى النِّسَاءِ قَطُّ إِلاَّ بِمَا أَمَرَهُ اللَّهُ تَعَالَى وَمَا مَسَّتْ كَفُّ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَفَّ امْرَأَةٍ قَطُّ وَكَانَ يَقُولُ لَهُنَّ إِذَا أَخَذَ عَلَيْهِنَّ « قَدْ بَايَعْتُكُنَّ ». كَلاَمًا.

“Jika wanita mukminah berhijrah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mereka diuji dengan firman Allah Ta’ala (yang artinya), “Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahwa mereka tiada akan menyekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina ….”

(QS. Al Mumtahanah: 12)

‘Aisyah pun berkata, “Siapa saja wanita mukminah yang mengikrarkan hal ini, maka ia berarti telah diuji.”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri berkata ketika para wanita mukminah mengikrarkan yang demikian, “Kalian bisa pergi karena aku sudah membaiat kalian”.

Namun -demi Allah- beliau sama sekali TIDAK PERNAH MENYENTUH TANGAN seorang wanita pun. Beliau hanya membaiat para wanita dengan ucapan beliau.

‘Aisyah berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah pernah menyentuh wanita sama sekali sebagaimana yang Allah perintahkan. Tangan beliau TIDAKLAH PERNAH MENYENTUH tangan mereka. Ketika baiat, beliau hanya membaiat melalui ucapan dengan berkata, “Aku telah membaiat kalian.”
(HR. Muslim no. 1866).

ANCAMAN BERSALAMAN LAWAN JENIS
Dari Ma’qil bin Yasar, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ

“DITUSUKNYA kepala seseorang dengan pasak dari BESI, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.”

(HR. Thobroni dalam Mu’jam Al Kabir 20: 211)

Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih). Hadits ini sudah menunjukkan kerasnya ancaman perbuatan tersebut.

Hanya Allah yang memberi taufik.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

3 ulasan:

  1. Adalah haram untuk lelaki dan wanita bukan mahram bersalam tangan kerana Rasulullah s.a.w. sendiri tidak bersalam tangan dengan wanita bukan mahram. Bahkan Allah sendiri memerintah kaum lelaki menundukkan pandangan apabila kaum lelaki berhadapan dengan wanita bukan mahram:

    Allah Ta’ala berfirman,

    قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

    ”Katakanlah kepada laki-laki yang beriman,’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.’” (QS. An-Nur [24] : 30).

    Ini merupakan perintah dari Allah Swt. ditujukan kepada hamba-hamba-Nya yang beriman agar mereka menahan pandangan matanya terhadap hal-hal yang diharamkan bagi mereka.

    Oleh kerana itu janganlah mereka melihat kecuali kepada apa yang dihalalkan bagi mereka untuk dilihat, dan hendaklah mereka menahan pandangannya dari wanita-wanita yang bukan mahram.

    Jika kaum lelaki diperintahkan menundukkan pandangan bila berhadapan dengan wanita bukan mahram, maka sudah tentu kaum lelaki tidak boleh bersalam tangan dengan kaum wanita yang bukan mahram untuk memelihara diri mereka daripada zina mata, zina dan maksiat-maksiat lain.

    Malangnya masih terdapat ulama seperti mofti liberal dari utara yang membenarkan bersalam tangan antara lelaki dan wanita bukan mahram dengan syarat bersalam tanpa nafsu syahwat. Lelaki manakah yang tidak mempunyai nafsu syahwat?

    Adakah ulama-ulama tersebut termasuk mofti tersebut akan membenarkan lelaki-lelaki bukan mahram bersalam dengan isteri dan anak-anak perempuan mereka?

    Adakah ulama tersebut lupa tentang kisah seorang ahli ibadah yang paling tekun beribadah di kalangan bani Israel pada zamannya tetapi akhirnya syaitan telah berjaya menghasutnya untuk berzina dengan seorang gadis cantik sehingga gadis tersebut mengandung?

    Sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram boleh menimbulkan nafsu syahwat kedua-duanya yang boleh mendorong kepada maksiat seperti zina dll.

    Larangan bersalam tangan antara lelaki dan wanita bukan mahram diperkuatkan lagi dengan hadis berikut:

    Dari Ma’qil bin Yasar, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

    لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ

    “DITUSUKNYA kepala seseorang dengan pasak dari BESI, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.”

    (HR. Thobroni dalam Mu’jam Al Kabir 20: 211)

    BalasPadam
  2. Hati yang tidak tenteram boleh dicoolingkan dengan wuduk.

    Bila wuduk dibatalkan, hati akan kembali tidak tenteram.

    Bila hati yang tidak tenteram berada dalam perbincangan, keputusan yang terhasil adalah tidak tenteram jua.

    BalasPadam
  3. Seorang mofti yang bodoh sombong dan tidak cerdik telah berkata
    bersalaman lelaki perempuan 'is not a big deal' !

    Bila dia dan pengikutnya meninggal dunia, 'It Becomes A Big Deal' kerana dia dan pengikutnya meremehkan ajaran Islam!

    BalasPadam