Header Ads

ads header

Flash News

Adakah seorang sahaja macam Syed Saddiq dalam Pakatan Harapan?


Makin hari makin kedengaran sikap kerajaan Pakatan Harapan tak ubah dengan kerajaan UMNO, mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dan menepikan kepentingan rakyat. DAP pula dilihat hanya tertumpu kepada kepentingan kaum Cina dan tidak mengambil kisah apa yang berlaku kepada masyarakat Malayu. Manakala parti Amanah seperti diviralkan sudah menajdi "Pasu Bunga" dalam keraja PH. Suara Islam parti AMANAH sudah 'mati'.

Isu DBKL telah diambil perhatian oleh Ketua Pemuda Bersatu. Adakah hanya seorang aje ada orang macam Syed Saddiq pada Kerajaan Pakatan Harapan? Jika benar rakyat keluar daripada mulut buaya masuk mulut harimau.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata dia tidak akan teragak-agak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mendapati terdapat penyelewengan berlaku pada partinya itu.

Beliau berkata demikian susulan penyebaran tangkap layar sepucuk surat yang mempunyai logo Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang disertakan dengan nama serta jawatan Pemuda BERSATU Wilayah Persekutuan.

Surat yang tular di media sosial itu dipercayai berhubung urusan tapak bazar Ramadan tahun ini.

"Saya tidak akan membiarkan penggunaan nama mana-mana parti bagi mendapatkan favour (habuan) daripada kerajaan.

"Jika surat ini sahih dan kerana ia (melibatkan) parti politik, habuan itu diperoleh secara tidak sah.

"Saya sendiri akan melaporkan kes ini kepada SPRM dan berharap sesiapa yang terlibat akan melakukan tindakan sama.

"Tidak gentar untuk membina semula Malaysia baru walaupun mereka ahli parti saya," katanya kepada Malaysiakini lewat malam tadi.

Sementara itu, melalui kenyataan media awal hari ini, Syed Saddiq menjelaskan bahawa pihaknya telah menghubungi peniaga dan pihak lain yang terlibat bagi mendapatkan penjelasan serta bukti berhubung dakwaan berkenaan.

Anggota parlimen Muar itu turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubunginya.

"Berada dalam kerajaan, bukan bermakna saya mengiakan semua salah laku yang berada didepan mata saya," katanya.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

2 ulasan:

  1. Tidak ada cara hendak tutup mulut tempayan tapi bagi pihak yang ada pengalaman macam majlis baby boomers, ada banyak cara untuk menutup mulut tempayan walau yang paling besar pun. Muahahaha.

    BalasPadam
  2. Saja nak tanya yg ada kes mahkamah buleh kaa diberi or dilantik as menteri.. or dot dot dot..

    BalasPadam