Header Ads

ads header

Flash News

Anwar tak kisah diperguna Dr M demi raih sokongan


PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad mempergunakan beliau untuk meraih sokongan rakan seperjuangan dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Tetapi, ketua umum PKR itu berkata, beliau tiada masalah dengan tindakan itu kerana Dr Mahathir komited kepada agenda PH.

“Jadi, ia adalah okey bagi saya untuk dipergunakan selagi kita bergerak sebagai demokrasi matang, kita membasmikan rasuah negara dan semua sogokan yang berlaku dahulu,” katanya dalam wawancara bersama wartawan BBC, Lyse Doucet baru-baru ini.

Doucet bertanya bekas timbalan perdana menteri itu jika beliau bimbang Dr Mahathir – bekas mentor yang pernah menjadi musuh dan kini sekutunya – mempergunakan beliau untuk memenuhi kehendaknya.

Anwar berkata, ahli politik “mempergunakan satu sama lain”.

Dr Mahathir yang dipersalahkan ramai pihak atas penahanan Anwar dalam pertuduhan liwat dan rasuah, baru-baru ini mengetuai PH untuk memenangi pilihan raya umum ke-14 lalu.

Bulan lalu, Anwar diberikan pengampunan diraja dan dibebaskan daripada hukuman penjara 5 tahun di bawah pentadbiran bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak atas kesalahan meliwat bekas pembantunya.

Mengenai kroni Dr Mahathir dan pembaharuan

Anwar berkata, beliau mahu memberi Dr Mahathir “ruang dan kebebasan” untuk memimpin negara secara berkesan.

Beliau diminta mengulas kebimbangan mereka dalam kemnya yang bekas presiden Umno itu membawa balik “kroni lama” yang didakwa bertanggungjawab membawa masalah disasarkan untuk diselesaikan PH.

Anwar tidak menafikan wujud kebimbangan itu dan pernah memberitahu Dr Mahathir mengenainya.

“Beliau kata ya, ada bebanan, tetapi mereka mempunyai pemahaman lebih baik dan boleh memberi sumbangan.”

Anwar berkata: “Kerana saya mahu peralihan aman damai, saya perlu memberi beliau ruang dan kebebasan untuk memimpin secara berkesan. Itu yang berlaku sekarang.”

Mengganti Dr Mahathir sebagai perdana menteri

Bekas ketua pembangkang itu berkata, beliau mempunyai bukti bertulis akan menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan dokumen itu ditandatangani “semua pemimpin parti”.

Ditanya jika perjanjian itu tidak akan berubah, katanya, perlu ada satu bentuk keyakinan.

Mengenai soalan beliau masih mempercayai Dr Mahathir selepas apa yang dilakukan pengerusi PH itu kepada beliau dan keluarganya, bekas menteri kewangan itu berkata: “Ya, kita perlu lupakannya.”


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

Tiada ulasan