Header Ads

ads header

Flash News

Mahathir mungkin berubah, tapi Anwar tetap sama seperti dulu


Saya mendengar kenyataan Anwar Ibrahim berkenaan dengan Mahathir dalam satu video yang disiarkan semalam oleh pihak BBC. Video wawancara selama 23 minit itu ada menyentuh mengenai kenyataan Anwar Ibrahim berkenaan dengan Mahathir.

Anwar berkata, Dr Mahathir yang dikenalinya pada 1980-an tidak sama dengan Dr Mahathir hari ini.

Anwar Ibrahim membandingkan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan berkata, Dr Mahathir dahulu yang dikenalinya ialah Trump pada zamannya.

Anwar mengimbaukan kembali pertemuan pertamanya selepas 18 tahun dipecat oleh Mahathir pada September 1998 di satu perbicaraan mahkamah pada 2016. "Saya sudah lakukan kesilapan. Beri saya satu peluang untuk membetulkannya." Kata-kata itu bukan Dr Mahathir kerana Mahathir dulu tak buat kesilapan.

“Dr Mahathir dahulu tidak buat kesilapan. Beliau pernah menjadi Trump zaman ini.” kata Anwar.

Walaupun ramai penyokong Anwar marah, terutamanya kumpulan otai reformasi Anwar berkata rakyat Malaysia harus memberi peluang 2 tahun kepada Dr Mahathir yang “baru”.

“Beliau sudah mengubah pandangannya mengenai isu seperti kebebasan kehakiman, media dan dasar ekonomi dengan pasti dan jelas.” kata Anwar lagi.

Itu berkenaan pandangan Anwar terhadap Mahathir dalam wawancara dengan BBC. Saya ada satu kemusykilan yang ingin saya kongsikan dengan pembaca iaitu adakah Anwar sudah berubah?

Sehingga hari ini apa yang saya fahami daripada maklumat yang saya perolehi terutama daripada teman-teman rapat Anwar. Anwar tetapi seperti dulu, Anwar 1990an.

Masih gelojoh mengatur kuasa untuk mengganti Mahathir. Memang tidak dinafikan Anwar adalah penasihat parti Keadilan dan isterinya Presiden PKR dan anaknya adalah Naib Presiden PKR dia berhak untuk membuat kenyataan dalam polisi kerajaan kerana PKR ada 49 kerusi parlimen, tapi harus diingati bahawa kemenangan itu kerana PKR bersama PH dan jangan melampaui PH.

Mahathir mungkin sudah berubah ke arah yang positif dalam politik Malaysia tapi Anwar dalam beberapa siri kenyataan menunjukkan tidak berubah. Politik Anwar adalah politik 1990an sudah ketinggalan dengan gaya hidup anak muda Malaysia sekarang.

Makin banyak Anwar bercakap mengenai Mahathir makin ramai orang ingin tahu hubungan Anwar dengan Mahathir. Adakah benar Mahathir masih menganggap Anwar adalah orang yang tidak bermoral dan orang tidak bermoral tidak layak untuk menjadi PM.

Mahathir kelihatan lebih cenderung kepada anak angkatnya Azmin Ali untuk menerukan legasinya berbanding Anwar. Mahathir dilihat membentuk Azmin secara diam-diam sebagai PM8.

Anwar akan menjadi mangsa lagi dan itulah kesudahan kepada Anwar yang tidak pernah belajar kesilapan lalu. Gopoh dan gelojoh mengatur politik.

Sepatutnya peringatan Abdul Hadi di pertemuan pada Kuala Terengganu dalam krisis MB Selangor "Enta 16 tahun terkurung dalam penjara masih tak insaf dan tak berubah " sepatutnya di renungi oleh Anwar dan Saifuddin Nasution.

ABBAS MOHD NOOR




......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

Tiada ulasan