Header Ads

ads header

Flash News

Apakah mengkhianati janji sendiri merupakan satu amalan oleh PH?


Berikutan isu perlantikan Peguam Negara oleh kerajaaan PH...nampak sepertinya depa khianat terhadap janji depa sendiri...apa yang aku paparkan (gambar) ini merupakan cubitan dari "Buku Harapan" yang dikeluarkan oleh PH menjelang PRU 14 yang lalu....

Terdapat puluhan janji dalam buku tersebut....mengenai perlantikan Peguam Negara ada disebutkan secara khusus dalam janji depa yang ke 15....jelas dalam perenggan yang aku tandakan itu menyebutkan bahawa jawatan Peguam Negara akan dilantik dari kalangan "ahli parlimen yang berkelayakan"....

Ada 2 syarat dimaksudkan pada ayat itu iaitu
1. ahli parlimen
2. berkelayakan

Ertinya jika janji ini mahu ditunaikan, ia mesti melihat kepada 2 syarat tersebut yang ada kepada ahli parlimen sedia ada walaupun ia bukan dari blok kerajaan sekalipun sebab tak ada pun disebut ia mesti dari kalangan ahli parlimen kerajaan semata-mata...sama lah dgn alasan yang digunakan oleh puak2 PH sekarang bahawa dalam Perlembagaan Negara tidak disebut bangsa dan agama seseorang yang nak dilantik sebagai Peguam Negara...

Jika tiada di kalangan ahli parlimen yang berkelayakan, ia mesti dilantik daripada seorang yang mesti dilihat sebagai tidak berpihak...dan sudah menjadi amalan bahawa jawatan2 penting seperti Peguam Negara itu disandang oleh seorang yang beragama Islam....sesuai dgn kedudukan dan fungsinya dalam menasihati Raja-raja dan Perdana Menteri....

Dalam hal yang berkaitan, tidak boleh tidak perlu melihat pula kepada janji depa yang ke 11 iaitu depa berjanji untuk meletakkan "pandangan dan teguran Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu di tempat tertinggi, iaitu sesuai dengan kedudukan Raja Berperlembagaan"...

janji utk meletakkan nasihat dan pandangan raja-raja di tempat yang tinggi timbul berikutan sikap umno yang sebelumnya hanya mengambil pandangan Raja-raja Melayu yang memberi faedah politik kepada umno sahaja....maka persoalannya apakah dengan sikap keras kepala PH dalam isu perlantikan Peguam Negara ini tidak boleh ditakrifkan sebagai hanya untuk kepentingan politik PH sahaja???...

sebelum ini depa sudah khianat janji depa sendiri dalam hal perlantikan Ketua Pengarah SPRM yang depa sendiri janji bahawa perlantikan itu semestinya mendapat kelulusan Parlimen, tapi belum lagi seminggu usia kerajaan...depa sudah mencabuli apa yang dijanjikan apabila mengumumkan perlantikan tanpa melalui sidang Parlimen....

itu tidak lagi termasuk janji pinjaman PTPTN, GST, harga minyak, tol dan lain-lain....

Raja Berperlembagaan iaitu merujuk kepada Raja sebagai kuasa tertinggi menjalankan prinsip perlembagaan dalam memastikan hak-hak dalam perlembagaan itu dipenuhi khususnya perkara-perkara penting yang boleh menyentuh status quo orang Melayu di negara ini...

apa yang berlaku ini seolah-oleh puak2 PH ini sedang atau mahu membawa Malaysia ke kancah ketidakstabilan yang dibimbangi bakal memberi ruang kepada campurtangan asing...ia juga boleh membawa kepada krisi perlembagaan yang baru setelah krisis yang sama pernah dicipta oleh mahathir sewaktu pentadbirannya dulu....

apa yang berlaku ini seolah-oleh puak2a PH ini sedang atau mahu membawa Malaysia ke kancah ketidakstabilan yang dibimbangi bakal memberi ruang kepada campurtangan asing...ia juga boleh membawa kepada krisi perlembagaan yang baru setelah krisis yang sama pernah dicipta oleh mahathir sewaktu pentadbirannya dulu....

sekarang sudah nampak siapa sebenarnya yang berkuasa dalam kerajaan PH....sebelum ini puak2 ph sendiri dok sebut "mustahil dap boleh menguasai negara kerana dap hanya bertanding puluhan kerusi sahaja"....nah!!..sekarang bukti sudah di depan mata....

alfaqir ilallah ppk
19 Ramadhan 1439H

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

6 ulasan:

  1. Kalau janji tol bakal roboh tapi tak jadi roboh kerana tak makan congakan bolehlah diterima alasan itu.

    Alasan tak jadi roboh pondok tol kerana bila poket dah kosong masakan mampu nak hulok sana dan hulok sini.

    Tapi dalam kes memungkiri janji untuk jadi lebih transparen dalam isu lantik penjawat, tang mana justifikasi untuk ianya dimungkiri?

    Tak makan congakan jugak ker?

    Wakakaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gst 0%, atas tu makanya tak mampu dari segi kewangan nak laksanakan manifesto Doj kot, kot lah? Lojik gak tu, kah kah kah.

      Padam
  2. Bila hari mengundi masih jauh, tiada janji tabur, yang ditabur adalah cerita2... mana yang kena kena, yang tak kena tak kena.

    Nak dekat hari mengundi, janji ditabur, bukan sedikit tapi lebih banyak dari taburan hujan dimusim kemarau. Mana yang kena kuyup.

    BalasPadam
  3. Elok jugalah tak ada pemansuhan, boleh juga lain2 parti memasukkan pemansuhan dalam manifesto PRU 15 nanti.

    Elok jugalah kalau banyak yang kena roboh, boleh juga lain2 parti bina semula apa yang dirobohkan.

    Elok jugalah kalau tidak ada ketelusan, boleh juga lain2 parti tawarkan ketelusan pada PRU 15.

    BalasPadam
  4. Wah cybertrooper dan pemimpin-pemimpin pakatan hebat menjanjikan pelbagai janji palsu untuk memancing undi rakyat yang jahil dan naif dan menabur pelbagai fitnah terhadap PAS dll supaya rakyat membenci PAS dll.

    Apabila pakatan sudah menang PRU14, pakatan telah mungkir janji maka tertipulah semua pengundi pakatan kerana di'kencing hancing' oleh pakatan.

    Dan sekarang pakatan sibuk mencipta pelbagai alasan yang boleh dipersoalkan dan menjadikan UMNO BN dll sebagai kambing hitam supaya pakatan boleh mengalih perhatian rakyat dari kelemahan dan kegagalan rejim pakatan menunaikan janji.

    Wahai umat Islam, marilah kita semua mengundi parti Islam PAS untuk menggulingkan rejim pakatan dalam PRU15 kerana kita tidak mahu ditipu lagi oleh pakatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokong..sebnarnya sya dh agk iaitu janji pkatan hny sekdar umpan..doh tau eknomi teruk xpyah la jnji.skrg mula la cipta 1000000001 satu alasan..dn satu lg..pan kamu adlah pengkhianat agama..barua kuffar dap..aku kutuk kamu ssmpai bila2..

      Padam