Header Ads

ads header

Flash News

Saya jumpa Anwar banyak kali di penjara kata Daim


Pada masa lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim terkenal kritikal terhadap Tun Daim Zainuddin, mendakwa bekas Menteri Kewangan itu terlibat dengan rasuah besar dan salah seorang "dalang" kepada kejatuhannya pada 1999.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini pada 16 Mei - sebaik selepas pembebasannya - Ketua Umum Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata sementara Daim dapat menyumbang untuk negara, beliau perlu sentiasa "berhati-hati" tentang skandalnya dahulu.

Dalam wawancara bersama The Star hari ini, Daim ditanya tentang hubungannya dengan Anwar memandangkan sejarah perseteruan mereka.

"Kami sentiasa berkawan tetapi politik hal berbeza. Saya dan Anwar sudah kenal lama," katanya.

Daim memaklumkan banyak kali bertemu Anwar ketika bekas timbalan perdana menteri itu masih menjalani hukuman penjara.

"Kami berbincang tentang bagaimana untuk menumbangkan kerajaan lalu dan dengan sokongan rakyat, kami berjaya. Kita mesti terus bersatu dan menunaikan janji kepada mereka," katanya lagi.

Berhubung sama ada Anwar akan menjadi seorang perdana menteri yang bagus, Daim mengingatkan bahawa Anwar sebelum ini berkhidmat dalam banyak kementerian dan memegang jawatan itu sebelum dipecat pada 1998.

"Tetapi tiada siapa dapat memerintah negara secara sendiri. Itu diktator. Apa yang anda perlukan adalah kabinet dan penasihat yang bagus, penjawat awam yang jujur dan berintegriti," katanya.

Sebelum PRU ke-14, Tun Dr Mahathir dikatakan akan menyerahkan kedudukan perdana menteri kepada Anwar dalam masa dua tahun.

Sejak itu, Mahathir yang kini berusia 93 tahun berkata tempoh masa untuk perkara itu adalah fleksibel.

Diminta mengulas perkara itu, Daim memetik wawancara Mahathir bersama The Financial Times apabila Mahathir berkata sukar untuknya kekal sebagai perdana menteri apabila menjangkau usia 95 tahun.

"Tetapi buat masa ini, saya rasa semua orang tahu beliau komited untuk memenuhi janji dalam manifesto HARAPAN.

"Apa yang paling utama, pencapaian terbesarnya adalah rakyat memberikan kepercayaan dan sokongan kepadanya untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan kleptokratnya," katanya lagi.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

1 ulasan:

  1. Donia hujung zaman: pihak yang telah lama dituduh menyeleweng duduk kat luar. Whistle blower duduk kat dalam.

    BalasPadam