Header Ads

ads header

Flash News

Asri Hamidon pengerusi baru 1MDB


Syarikat pelaburan negara yang bermasalah, 1MDB mengumumkan pelantikan Datuk Asri Hamidon sebagai pengerusi barunya berkuatkuasa semalam.

"Beliau (Asri) juga merupakan timbalan setiausaha yang menyelia pelaburan kerajaan di Perbendaharaan," kata lembaga pengarah 1MDB dalam satu kenyataan pagi ini.

Asri dilantik menggantikan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Siregar Abdullah, yang dipindahkan dari jawatannya di bawah Kementerian Kewangan kira-kira seminggu selepas pilihan raya umum ke-14.

Selain itu, 1MDB turut membentuk Jawatankuasa Eksekutif (Exco) baharu dengan anggotanya terdiri daripada Datuk Mohammad Faiz Azmi, Datin Rashidah Mohd Sies dan Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman.

Kenyataan itu menyebut jawatankuasa berkenaan diberi amanah oleh lembaga pengarah untuk menguruskan operasi harian syarikat.


MR : Sayang juga Mahathir kepada syarikat 1MDB, apa tidaknya aset melebih hutang. PH pun nakmpak suka juga dengan syarikat ini.. mesti setuju dnegan idea Najib. Sebelum ini kata 1MDB mempunyai hutang mencecah RM34.6 billion...


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Sedar tak sedar 3 bilion dah pun Mof pump masuk ke TRX City dan tentunya atas arahan ANTI 1Mdb itu sendiri

    Soalannya ialah apakah 3 bilion itu di sekau dari bajet atau jatuh dari langit.

    Mengambil kira bonus penjawat umum tidak di kurangkan kerana beralasankan tiada dalam bajet, hairan kenapa TRX di bolehkan.

    Hanya satu saja jawapan: ini kaedah baru mewajarkan yang tidak wajar di era baru meskipun tiada yang baru.

    BalasPadam
  2. Sapa pengerusi BARU?

    BalasPadam

  3. Dah bankrupt pun lantik pengurusan lagi....tutup sajalah....buat membazir .

    BalasPadam