Header Ads

ads header

Flash News

Dr M tak tolak kemungkinan berbalah lagi...


Kerjaya politik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang merangkumi tempoh masa beberapa dekad, sering dipenuhi dengan pertelingkahan mahupun perbalahan.

Semasa 22 tahun sebagai perdana menteri sebelum ini, bermula dari 1981 hingga 2003, beliau mempunyai empat timbalan menteri, termasuk ketua umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat pada tahun 1998.

Berikutan persaraannya, Mahathir berperanan peranan penting dalam menumbangkan pengganti pilihannya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada usia 92 tahun, beliau kembali menyertai politik secara aktif dan menewaskan Datuk Seri Najib Razak, yang dicadangkannya sebagai pengganti kepada Abdullah pada tahun 2009.

Berdasarkan latar belakang itu, Mahathir tidak menolak kemungkinan terjadinya pertelingkahan antara beliau dan pemimpin Pakatan Harapan pada masa akan datang.

Bercakap kepada Channel News Asia, perdana menteri berkata beliau akan berundur jika beliau gagal bekerjasama dengan pemimpin HARAPAN.

"Mungkin akan berlaku pertelingkahan antara saya dengan ramai, ramai orang, tetapi saya sentiasa mampu bertahan dan bekerja dengan mereka yang menentang saya.

"Saya di sana selama 22 tahun, ada ramai yang menentang saya tetapi saya berjaya, jadi jika saya tidak dapat bertahan, saya akan berundur," katanya.

Ditanya sama ada jika beliau boleh memberi jaminan kepada rakyat bahawa segalanya adalah lancar dalam Pakatan Harapan, Mahathir menjawab: "Ketika ini, saya mendapat sokongan padu daripada majoriti rakyat."

Sementara itu, Mahathir berkata pentadbirannya mempunyai pilihan untuk menambat semula ringgit atau "menukar mata wang", tetapi kedua-dua pilihan berkenaan perlu dikaji.

Mahathir melaksanakan kawalan mata wang pada tahun 1998 semasa Krisis Kewangan Asia dengan menambat ringgit pada kadar RM3.80 berbanding dolar AS. Tambatan itu ditarik balik pada Julai 2005 oleh pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketika ini, ringgit didagangkan pada RM4.023 berbanding dolar AS.


MR : Jika berbalah, yang terkena tempias teruk Anwar Ibrahim lah. Lagi pun Zahid Hamid ada memberi klu akan ada gabungan baru macam BN...


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Penyapu baru tentunya rajin dan hanya fokus pada kerja yakni tiada masa nak berborak-borak atau bergosip-gosip dengan penyapu LAMA

    Selepas 2 tahun penyapu baru akan mengumpul banyak pengalaman dan dengan itu akan ada banyak masa terluang untuk berborak sakan dan bergosip-gosipan.

    Justeru kalau nak tengok kedudukan hubungan antara penyapu baru dan lama; samada penyapu baru akan sapu penyapu lama ke bawah karpet kenalah tunggu 2 tahun.

    Muahahaha

    BalasPadam
  2. Hanya seorang saja yang tidak akan berbalah dan orang itu adalah Victory Tan iaitu bapa kepada Victory Tin dan sepupu kepada Victory Tun.

    Bak kata pepatah, sayang boboi tangan2kan, sayang kroni faraid2kan lalu dengan itu perjalanan politik berpanjangan dan kroni mengeliling pinggang.

    BalasPadam