Header Ads

ads header

Flash News

Suee Lim Dari DAP Dilantik Speaker DUN Selangor


AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi Penggal Pertama Mesyuarat DUN ke-14.

Nama wakil rakyat DAP itu dicadangkan oleh ADUN Sungai Tua, Amirudin Shari serta disokong ADUN Bandar Baru Klang, Datuk Teng Chang Khim.

Suee Lim kemudian mencadangkan ADUN Paya Jaras dari PKR, Khairuddin Othman sebagai Timbalan Speaker serta disokong ADUN Kota Kemuning oleh V Gananatirau.

Terdahulu, seramai 56 ADUN termasuk empat wakil rakyat Barisan Nasional (BN) serta seorang wakil rakyat PAS mengangkat sumpah sebagai ADUN.

ADUN Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafie bagaimanapun tidak hadir majlis angkat sumpah kerana faktor kesihatan.

Majlis angkat sumpah dimulakan Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor.

Ia disusuli 10 EXCO Kerajaan Selangor iaitu Chang Kim; Ganabatirau; ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail; ADUN Seri Serdang, Dr. Siti Mariah Mahmud; ADUN Pandan Indah, Izham Hashim dan ADUN Lembah Jaya, Haniza Mohd Talha.

Ia diikuti ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari; ADUN Kinrara, Ng Sze Han; ADUN Seri Setia, Shaharuddin Badaruddin dan ADUN Kajang, Hee Loy Sian. – myMetro Online


MR : Habis semuanya bukan Islam, yang Islam menjadi tunggol dan "pasu bunga' sahaja. Parti Amanah tak ada ke calon?....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Negeri kaya seperti Selangor dan PP tak boleh ler serah pada pihak yang amanah. Pihak ini hanya boleh pegang negeri yang cukup2 makan jer. Hehehe

    BalasPadam
  2. Negeri kaya, berbelit-belitlah isunya. Negeri kaya perlukan pengurusan yang lurus yakni lurus akal tapi bukan lurus bendul. Kalau terlalu lurus, rakyat gumbira, parti merana, kroni pula bare. Wakakaka

    BalasPadam