Header Ads

ads header

Flash News

Baru Dr Idris tahu “Politik Machiaville” bila terkena hidung sendiri


Perselisihan dalam PKR berhubung pelantikan Amirudin Shari sebagai menteri besar Selangor turut sampai ke pimpinan parti itu di utara.

Timbalan Ketua Pemuda PKR dan Exco Pulau Pinang Afif Bahardin mempersoalkan Dr Idris Ahmad - yang berkata dirinya sebagai pilihan Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi kerusi itu - sama ada beliau sanggup melawan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu itu.

Afif menyangkal dakwaan Idris pagi tadi bahawa Amirudin tidak mendapat sokongan parti komponen HARAPAN untuk menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Nama Amirudin dicadangkan parti dan diterima Sultan Selangor. Ada konsensus untuk memilih Amirudin, ketua umum kami juga menyokongnya.

"Soalan saya adakah Idris mahu melawan Anwar? Sila rujuk kenyataan terbaru pemimpin kita di Twitter," katanya kepada Malaysiakini.

Afif merujuk kenyataan Anwar yang menggesa semua pihak menyokong Amirudin dan berkata sebarang pertikaian yang timbul boleh diselesaikan dengan cara baik.

Dalam sidang medianya, Idris yang merupakan ADUN Ijok mendakwa beliau mendapat sokongan semua parti komponen HARAPAN manakala Amirudin hanya disokong Azmin.

Untuk menyokong dakwaan itu, Idris menunjukkan salinan surat sokongan yang ditandatangani wakil empat parti HARAPAN, iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah, Pengerusi BERSATU Selangor Datuk Abdul Rashid Asari, Pengerusi AMANAH Selangor Izham Hashim dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua.

'Meneruskan legasi Azmin'

Afif juga menyuarakan kegembiraannya dengan pelantikan Amirudin dan menyifatkan ADUN Sungai Tua itu layak memimpin pentadbiran negeri berdasarkan rekod sebagai wakil rakyat dan exco.

"Saya berharap Amirudin dapat meneruskan prestasi cemerlang Azmin ketika memimpin Selangor dan pasukannya, selain menumpukan kepada usaha memberdaya golongan muda untuk mencapai tahap lebih tinggi di negeri itu," katanya.

Beliau juga menyatakan penghargaan kepada Anwar dan Wan Azizah kepada menaruh kepercayaan kepada pemimpin muda untuk memimpin pentadbiran negeri.

Baru Dr. Idris tahu politik "Machiaville" apabila terkena batang hidung sendiri. Dulu ketika langkah Kajang, dialah antara orang yang mempertahankan tindakan parti menolak Tan Sri Khalid Ibrahim. Bagaimana terseksa TSKI dengan fitnah dan caci maki tapi apa Dr Idris kata "kalau tak suka boleh keluar dari parti". Kini apa yang terjadi pada TSKI terkena kepada diri Dr. Idris. Inilah dia karenah politik PKR. Tak lain tak bukan sama spesis dengan UMNO.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Bila satu kepala keretapi dipandu oleh lebih dari satu pemandu dan di setiap gerabak di pantau oleh lebih dari satu inspectors penumpang jua yang jadi mangsa. Teruskan2.

    BalasPadam
  2. Apa fungsi si KetUm tu?
    Yg sign surat sokongan tu utk apa plk?
    Soalan2 ni menunjukkan depa pun hilang punca dgn isu ni..
    Kpd si Adun Seberang Jaya tu, x payah la tunjuk hero.. Mentang2 la Naib Presiden tu jd bos ang kt parlimen pmtg pauh..

    BalasPadam