Header Ads

ads header

Flash News

Dr. Mujahid takut jadi macam Dr. Idris nama tersenarai tapi tak ada.. baik sebut awal


Naib Presiden AMANAH Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini mengesahkan namanya antara yang disenaraikan oleh parti itu untuk menganggotai kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, keputusan parti untuk mengemukakan namanya adalah berasaskan kepimpinan beliau dalam parti dan pengalaman dalam arena politik negara.

"Saya bersedia untuk berkhidmat tidak kira apa-apa jawatan kabinet yang diberi…Saya anggap itu sebagai satu penghormatan yang tinggi dan amanah untuk berkhidmat kepada negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di George Town hari ini.

Pada masa ini, jemaah menteri Dr Mahathir hanya mempunyai 13 anggota sedangkan ada beberapa portfolio penting termasuk menteri luar yang masih kosong selain tiada timbalan menteri dinamakan.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata beliau tidak pasti apakah portfolio yang dicadangkan untuk beliau.

“…Soalan ini hanya akan terjawab apabila pengumuman rasmi dibuat oleh perdana menteri," katanya yang menafikan beliau bakal dilantik menjadi Menteri Luar.

Dr Mahathir dijangka mengumumkan senarai kabinetnya sebelum Parlimen bersidang pada 16 Julai ini.

Sebelum ini difahamkan senarai calon anggota jemaah menteri terbabit akan dipersembahkan untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas sambutan Aidilfitri.

Antara 13 anggota kabinet yang telah mengangkat sumpah jawatan masing-masing ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri), Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) dan Presiden Amanah Mohamad Sabu (Menteri Pertahanan).

Sebelum ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata pentadbirannya tidak akan memiliki lebih daripada 30 kementerian.  - Bernama


MR : Takut nama tercicir macam Dr Idris, Mujahid mula gelabah terus war-war kan nama dia ada dalam list. Sekarang bukan dalam PKR aje berebut jawatan dalam Amanah pun sama juga. Bila lihat jawatan hilang 'agama'.


 
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

7 ulasan:

  1. Kulinari dah dapat 'hak', Bachelor dah dapat hak, masakan Phisosofi akan tercicir. Apa cer.

    Waa waaa waaaa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kulinari pun takat diploma je tu. Yg ni Phd beb. Takkan jadi hang kebun je. Kemonlah madey.

      Padam
    2. Jika sijil kulinari jadi menteri, yang PhD jadi PMlah ! Anuar dan Mahathir akan jadi apa pula?

      Padam
    3. Nuaq blh rehat2 main dgn cucu.. Azmin dah ada utk jawatan PM tu..
      Team rafizi pun blh rehat dan akan digunakan time PRU 15 nti.. Tu pun kalu perlu.. Tagih undi puak2 #rinduzamanTun
      Data auta dari invoke amat ditagih time tu.. Duit derma invoke jgk penting urk support skt2 kos pilhanraya ..
      Che det dok igt lg kot kata2 rafizi ni..
      https://youtu.be/tIQzTpRgNKA
      https://youtu.be/mBY95JIofCM
      Nuaq pun puji melambung rafizi lps kluaq lokap ari tu..
      Ni antara pendpt sy mengapa rafizi dan nuaq perlu dibuang dari politik PH..
      Abg long DAP x kisah sgt kehilangan dua2 ni. .Depa dah dpt apa yg dihajati.. Depa dah blh kontrol bangsa cina dan india.. Melayu pun boleh depa beli.. Bg bantuan skt kt masjid dan bukak posa mkn setalam setel la..
      Wa'Allahualam..

      Padam
    4. Mat Invouge salah catur. Dai sangka PH akan ingat dai bila dai masuk dalam. Kurang2 lantik jadi senetor dan komdian beri jawatan menteri. Walhal ini Malaise Baru, mana ada hutang budi bagai. Bila ko masuk dalam, dok diam2 kat dalam. Hihi

      Padam
  2. Blog takde integriti. Takde kerja lain, memfitnah aje kerjanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak berani tulis nama. Kemudian pertikaikan integriti orang lain. Kemudia tidak faham corak pemberitaan dan tak tahu beza antara blog dan laman.

      Padam