Header Ads

ads header

Flash News

Beg tangan jenama 'BIJAN' bernilai RM1.6 juta antara dirampas?


Hari ini, dalam sidang media polis berhubung barang rampasan di kediaman bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, kita berpeluang mengenali kewujudan jenama Bijan yang merupakan jenama khusus yang hanya dijual mengikut tempahan.

Jadi, nak tahu apa istimewanya jenama beg yang tidak begitu popular dalam kalangan orang awam tetapi hanya golongan VVIP yang mampu membeli beg tangan tersebut.


Jenama ini diasaskan di Los Angeles oleh seorang ahli perniagaan Pakzad Bijan. Beliau lahir pada April 1940 di Tehran, Iran yang mengkhusus pada koleksi pakaian lelaki dan wangian.

Butiknya Rodeo Drive di Beverly Hills digambarkan sebagai butik paling mahal di dunia.

Pemilik asalnya, Bijan meninggal dunia pada 16 April 2011 akibat strok dan perniagaan itu kini diambil alih oleh syarikat LVMH pada harga RM491 juta (AS$122 juta) pada Ogos 2016.

Pelanggan Bijan

Bukan calang-calang orangnya, antara pelanggan Bijan ialah 5 Presiden Amerika Syarikat iaitu George Bush dan anaknya, Barack Obama, Ronald Reagan dan Bill Clinton.Selain itu pemimpin Arab, Raja Salman, ahli politik terkenal yang lain seperti Tony Blair dan Vladimir Putin juga pelanggannya.

Tidak ketinggalan, pereka fesyen terkemuka turut menjadi pelanggan Bijan, antaranya Oscar de la Renta, Tom Ford dan Giorgio Armani.

Kalangan pelakon pula, Tom Cruise, Anthony Hopkins, pemain bola sepak Mick McCarthy dan Liam Brady adalah antara pelanggan Bijan.

Koleksi Bijan

Koleksi Bijan, bukan hanya beg tangan, sebaliknya ia bermula dengan pakaian lelaki dan pewangi untuk lelaki dan wanita.

Pada 2001, jualan produk pewangi dan perniagaan fesyen Bijan sahaja dianggarkan bernilai RM12.9 bilion (AS$3.2 bilion).

Beg tangan Bijan

Untunglah pemilik beg tangan Bijan kerana rata-rata jenama ini hanya mengeluarkan satu rekaan untuk setiap koleksi namun di butiknya ia menawarkan koleksi edisi terhad untuk beberapa unit.

Beg tangan di sini diperbuat daripada kulit buaya dan kanggaru.

Di luar butik, sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dibuat menggunakan pautan laman webnya.

Dalam satu temuramah dengan pemilik terbaharu Bijan yang juga anaknya, Nicolas, walaupun jenama tersebut terkenal untuk pakaian lelaki, menjadi impian bapanya untuk memperkenalkan koleksi beg tangan untuk wanita.

“Kerana itulah kami memperkenalkan beg tangan ‘menerusi tempahan sahaja’ yang didatangkan dalam edisi terhad termasuk bertatahkan berlian,” kata Nicolas.

Beg tangan yang dirampas daripada serbuan berhubung penyiasatan 1MDB di Malaysia pula dikatakan bernilai RM1.6 juta seunit.

Butik Bijan

Butik Bijan mengalu-alukan kedatangan pelanggan dengan menempatkan sebuah kereta Bugati Veyron bernilai AS$2 million dan lukisan seni Fernando Botero bernilai berjuta ringgit di dinding luar sebagai sebahagian daripada aksesori dekorasi.

Ia juga meletakkan papan tanda, “Welcome to Bijan, “the world’s most expensive store”.

Belanja purata di butik RM400,000

Kalau nak masuk butik Bijan, seseorang kena buat temujanji terlebih dahulu dan purata membeli-belah di sini ialah sekitar AS$100,000 (RM402,000) mengikut laporan FMT


ANAK SUNGAI DERHAKA


MR : Rosmah pilih jenama "BIJAN" bukan kerana harganya mahal tapi kerana ejaannya jika diterbalik menjadi NAJIB... Hakim mesti terima jawapan ini....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Lantak la beg jenama apapun yang aku bengang toll tak hapus minyak tak turun barang barang tambah mahal.cukup la drama bodoh ni.

    BalasPadam
  2. sabag bang be calm go kincin... keh23x..

    BalasPadam
  3. Ada aku kesah bijan ke apa.Yang penting kerajaan sekarang tunaikan manifesto seperti yang di janjikan

    BalasPadam