Header Ads

ads header

Flash News

Tiada label 'Umno' pada wang yang dirampas jawapan “awesome”


Polis berkata mereka belum mengesahkan sama ada wang tunai yang dirampas di hartanah berkaitan Datuk Seri Najib Razak adalah milik Umno, seperti dakwaan sesetengah pihak.

"Kami tidak tahu sebab tiada tulis 'Umno' (pada wang tersebut)," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Amar Singh Ishar Singh dalam sidang media hari ini.

Amar berkata, jika ada pihak yang mendakwa wang tersebut milik Umno, polis mahu mengambil keterangan mereka dan menyiasat dakwaan itu.

"Tetapi setakat ini tiada yang tampil ke depan," katanya lagi.

Dalam sidang media itu polis turut menyenaraikan pelbagai barangan yang dirampas ketika serbuan bulan lalu di hartanah yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu.

Nilai keseluruhan berangan itu mencecah RM686.37 juta termasuk 12,000 barang kemas.

Susulan serbuan di tiga unit kondominium Pavilion Residence di Kuala Lumpur pada 18 Mei lalu, beberapa pihak mendakwa wang tunai yang dirampas adalah milik Umno - bukannya milik individu - dan untuk digunakan dalam PRU ke-14.

Antara yang membuat dakwaan itu adalah Najib sendiri, ibu pejabat Umno, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Datuk Bung Moktar Radin.

Sementara itu, Amar berkata polis akan memanggil Najib dan isterinya Datuk Seri Rosmah Mansor tidak lama lagi untuk mengambil keterangan mereka berhubung skandal 1MDB.

"Kami akan memanggil mereka berdua tak lama lagi dan menyiasat sama ada Rosmah terlibat dalam skandal 1MDB," katanya lagi.


MR : "Tetapi setakat ini tiada yang tampil ke depan". Siapa nak kehadapan ibarat hulur tengkuk untuk disembelih oleh Mahathir and the geng....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Pernah ada kenyataan dari nonagenarian bahawa untuk PRU saja memakan belanja 1.5 bilion (itu puluhan tahun dulu)

    Tampa di simpan di ibu pejabat, kenalah jumlah sebanyak itu di simpan bawah bantal

    SOP yang tidak telus sebegini sepatutnya telah pupus atau masuk muzium dan digantikan dengan SOP baru

    Kalau ada yang disimpan dibawah bantal tapi kat Timbuktu, Zimbabwe, Antartika dsbnya biarkan sajalah di situ.

    BalasPadam