Header Ads

ads header

Flash News

Bercakap Pasal Kedaulatan BM, PKR & AMANAH berbelit pertahan LGE


Anggota Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil mempertahankan tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan media dalam tiga bahasa.

Beliau berkata, lazimnya kenyataan media akan dikeluarkan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, namun dalam keadaan tertentu - misalnya jika melibatkan terma yang sukar difahami - ia perlu diterjemahkan kepada bahasa Cina.

"Semua kenyataan berkenaan tugasnya sebagai menteri kewangan ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi memandangkan beberapa terma teknikal telah diterjemah secara salah dalam laporan bahasa Cina (maka terjemahan itu diperlukan).

"Bagi perkara melibatkan terma teknikal dan kewangan, mungkin perlu diterjemah ke bahasa lain seperti bahasa Cina dan Tamil," katanya kepada Malaysiakini.

Fahmi menceritakan pengalamannya sebagai pengarah komunikasi PKR yang kerap dihubungi wartawan media bahasa Cina bagi memastikan terjemahan mereka terhadap kenyataan yang dikeluarkan betul.

"Misalnya istilah ketua umum tak diterjemah secara terus dalam bahasa Cina, media berbeza boleh gunakan takrifan berbeza untuk jawatan sama," katanya lagi.



Tindakan Lim mengeluarkan kenyataan berhubung isu Tun Razak Exchange pada 21 Jun lalu dalam tiga bahasa - Melayu, Inggeris dan Cina - dikritik laman Facebook "Friends of BN".

Lim bagaimanapun mempertahankan tindakan itu melalui satu kenyataan semalam namun ia hanya dibuat dalam bahasa Cina, menambahkan lagi kritikan terhadapnya.

Tanya sebelum kecam

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata beliau tetap mengutamakan bahasa Melayu tetapi akan turut menggunakan bahasa lain di media sosial dan bahasa Cina untuk berkomunikasi dengan akhbar Cina.



Beliau juga menjelaskan kenyataan berbahasa Cina yang menjadi pertikaian itu dibuat "tanpa kepala surat rasmi Kementerian Kewangan”.

Sementara itu, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata Lim mungkin bertujuan memberikan kefahaman terperinci kepada pembaca berbahasa Cina yang kurang faham dengan kenyataan pertama isu TRX.

"Kenyataan pertama mungkin kurang memberi penjelasan dan kenyataan kedua...mungkin bagi menjelaskan kekeliruan daripada kenyataan pertama," kata pengarah komunikasi AMANAH itu.

Beliau berkata semua pihak perlu melihat sebab tindakan Lim terlebih dulu sebelum mengkritiknya.
"Saya pun tak tahu (tetapi) janganlah semua benda kita nak kecam tanpa mengambil kira penjelasannya sendiri berhubung perkara ini. Tanya dulu sebelum kecam," katanya lagi.

MR : Tidak perlu buat macam-macam alasan, silap hari bulan bila PH kerap buat alasan dan terbiasa nanti jadi macam menteri-menteri BN keluar kenyataan-kenyataan 'bodoh'...Sebelum ini Salahuddin Ayub buat kenyataan yang 'bodoh' macam Ahmad Maslan, kini Fahmi dan Khalid pun macam nak ikut jejak. Elakkan perkara yangg boleh menimbulkan kontraversi. Payah ke nak minta maaf atas kesilapan ini? Rakyat tak marah pun kalau minta maaf, tapi rakyat benci dan meluat dnegar pelbagai alasan........


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. Selesai satu tugas buat bakal2 menteri. Lepas ini kalau ada skandal melibatkan pelaboran dari Afrika, tolong minta kementerian terbabit keluarkan kenyataan media dalam bahara Hindi (oops sori, what i min bahasa Tamil). Dengan itu lengkaplah evolusi kera dapat bunga BARU.

    BalasPadam
  2. Ini reaksi pengkagum, bukan reaksi resmi. Pengkagum kena ada insurance. Kalau tak dapat kerja kat pantri di Jpm, bolehlah gunakan insuran untuk dapat kerja. Jawapan pantri kat Mof pun lumayan jugak.

    BalasPadam
  3. Biasa laa...pan kan...

    BalasPadam
  4. Setakat ni, segala aspek melibatkan teknikal blh shj guna bahasa melayu, dan jika perlu pun, ia adalah dalam bahasa inggeris.. Pleaselah Yb khalid samad.. Dan jugak all yg melayu dlm ph.. Mana pergi yg hanifa maidin.. You kat atas sana peganglah amanah, belalah org melayu dan bahasa melayu selayaknya.. Bab pesta beer pun begitucsekali bela dap.. Apa dah jadi ni?

    BalasPadam
  5. kalau dah najing tetap akan menjilat

    BalasPadam