Header Ads

ads header

Flash News

PAS sedia bekerjasama atas perkara baik


PAS bebas untuk bertemu dengan mana-mana parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) atau sesiapa sahaja untuk bertukar-tukar fikiran, berbincang bagi menyelesaikan sesuatu masalah menerusi konsep taawun yang diamalkan.

Tindakan seumpama ini bertepatan sepertimana yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim agar bertawaaun yakni saling bantu membantu serta tolong menolong dalam perkara baik dan tidak sesekali bekerjasama dengan perkara kemungkaran dan maksiat.

PAS juga boleh bersetuju dan membuka ruang kerjasama seandainya sesuatu perkara baik terutama mendatangkan kesejahteraan kepada rakyat namun tegas menentang serta menolak akan perkara yang boleh membawa kesan buruk terhadap rakyat, tanah air dan agama.

Oleh itu, PAS berpendapat adalah tidak menjadi kesalahan menerima persepakatan baik dari Adun Barisan Nasional (BN) yang mempunyai peranan yang sama sebagai pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri untuk berfungsi selaku 'semak dan imbang' dalam jumlah 18 kerusi agar menjadi lebih efisyen serta berkesan keatas kerajaan negeri pimpinan Blok Pakatan Harapan hari ini.

Malah budaya seumpama itu telah pun dilakukan pada penggal lalu bersama Adun-adun DAP, PKR, PAN dan Bersatu untuk menjalinkan sepakatan jitu khususnya dari pembangkang untuk menghadapi kerajaan negeri ketika itu dipimpin oleh Barisan Nasional.

Selain itu, PAS juga bertemu dan berbincang dengan YAB Menteri Besar Kedah yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan Kedah bagi mencari ruang kesepakatan untuk menyelesaikan kemelut isu speaker atas jemputan beliau. Malangnya, ada dikalangan pimpinan dari parti blok Pakatan Harapan Kedah yang membantah tanpa alasan munasabah selain melontarkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas dengan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang ditawarkan oleh PAS.

Pemimpin parti-parti politik Blok Pakatan Harapan terutama dari Parti Amanah Negara (PAN) seharusnya memahami akan situasi kedudukan Kedah sekarang iaitu 18-18 yang bukan sahaja menimbulkan masalah berkaitan perlantikan Speaker Dun malah untuk membentuk kerajaan juga menjadi satu kesukaran.

PAS mengambil pendekatan berbincang dengan bersandarkan konsep taawun bagi mengelak daripada berlakunya pilihan raya negeri (PRN) walau pun ada suara-suara sumbang yang menuduh kononnya PAS tamak dan gila kuasa. Walau bagaimanapun sekiranya Pakatan Harapan merasakan PRN merupakan jalan penyelesaian tuntas, PAS bersedia menghadapinya.

DR AHMAD FAKHRUDDIN SHEIKH FAKHRURAZI

Pesuruhjaya PAS Kedah
25 Jun 2018


MR : PAS tawar satu penyelesaian yang jelas dan baik untuk kepentingan rakyat Kedah. Tapi jika PH hanya memikir kepentingan pakatan mereka sahaja, tiada penyelesaian kepada masalah di Kedah melainkan PRN ....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Kalau diadakan PRN, dengan berleluasanya kontroversi, kepincangan dan perlanggaran perlembagaan terutama di pusat, Pakat-Pakat 1001 Harapan negeri boleh bertukar jadi Pakat-Pakat 0 Harapan. Itu menyeriaukan: seriau bila 1001 imbuhan baru nak disentuh, tup-tup PRN semua itu hilang dari pandangan dalam sekelip mata. Lopong.

    Waa! Waaa! Waaaa!

    BalasPadam
  2. semoga PRN ngeri diadakan secepat mungkin👍

    BalasPadam
  3. Buat PRN sajala.. Dah seri.. Mana ada simple majoriti.. Dok try pikat adun2 umno x blh lg ka? Tinggai seminggu ja lg nk lantik speaker ni.. Kos utk PRN pun baru rm18 juta.. Sikit saja tu.. yb MB x perlu dok pikiaq pasai kos.. Tu keja SPR.. Bkn keja MB.. Biaq rakyat pilih MB yg dpt majoriti.. Bkn MB seri..

    BalasPadam