Header Ads

ads header

Flash News

Zamihan disiasat di bawah Akta Hasutan, kata peguam tahanan Sosma


SUNGAI BULOH: Polis sedang menyiasat pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, susulan 5 laporan polis yang dibuat ahli keluarga tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), kata peguam mewakili 5 tahanan itu.

Laporan polis itu mendakwa Zamihan memaksa tahanan Sosma membuat pengakuan dalam sesi rehabilitasi 10 Jun lalu dan membuat tuduhan tidak berasas, termasuk serangan peribadi terhadap pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Faizal Rahman berkata, beliau dan rakan sejawatnya, Adi Zulkarnain Zulkafli memberi keterangan kepada pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, hari ini.

“Kami tiba lebih kurang 10.30 pagi dan habis sejam lebih kemudian. Kita dimaklumkan siasatan dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

“Kita difahamkan bila kami berdua memberi keterangan, maka siasatan telahpun lengkap dan akan diserahkan kepada pegawai atasan dan pihak timbalan pendakwa raya,” katanya kepada FMT selepas memberi keterangan kepada polis hari ini.

Beliau berkata, Zamihan mungkin dipanggil polis dalam masa terdekat dan beliau menafikan ada pihak lain campur tangan dalam membuat dakwaan terhadap salah laku Zamihan.

“Kami ingin menegaskan keterangan ini satu aduan terhadap Zamihan yang kita terima, yang mana kita masuk ke dalam (penjara) mengambil keterangan semua OKT (orang kena tuduh) yang terlibat.

“Tidak ada sebarang dalang sebagaimana beliau (Zamihan) dakwa sebelum ini bahawa wujudnya orang atau dalang di sebalik tindakan yang kami lakukan.

“Kami sebagai peguam, hadir memberi keterangan atas dasar ini satu kes yang benar. Saya percaya semua orang ambil maklum tentang sikap, mulut jahat saudara Zamihan.”

Beberapa ahli keluarga tahanan Sosma di Penjara Sungai Buloh membuat 5 laporan di Balai Polis Setapak pada 9 Jun lalu, mendakwa Zamihan memaksa mereka membuat pengakuan dalam sesi rehabilitasi 10 Jun lalu.

Mereka turut mendakwa Zamihan dalam sebuah program di Penjara Sungai Buloh sempena Nuzul Quran pada 31 Mei lalu, mengecam pemimpin PH munafik dan mengeluarkan kata-kata berbaur lucah mengaitkan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Keluarga tahanan itu mendakwa Zamihan berkata, perbuatan memasukkan kamera dalam lubang dubur tidak membatalkan puasa “tetapi akan nampak Mat Sabu dan Nurul Izzah dalam lubang dubur tersebut”.

Zamihan kemudian menafikan beliau mengeluarkan kata-kata berbaur lucah mengenai Mat Sabu serta Nurul Izzah, dan bersedia membuat penjelasan kepada Faizal.

Kontrak Zamihan sudah tamat?

Faizal turut mempersoalkan jika kontrak Zamihan dengan Jabatan Penjara sudah berakhir.

“Kami difahamkan Zamihan sebenarnya pegawai kontrak Jakim dengan pihak penjara dan kontrak tersebut saya difahamkan telahpun tamat.”

Sementara itu, Faizal berkata, beliau akan berjumpa Zamihan jika pegawai Jakim yang dipinjamkan ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memulihkan tahanan Sosma itu, didakwa di mahkamah.

“Kita tidak berhasrat berjumpa Zamihan sebab ini bukan melibatkan peribadi kami terhadap beliau. Ini adalah satu keadaan di mana kami bertindak sabagai peguam bela kepada semua (individu) yang membuat laporan terhadap Zamihan.

“Jadi, tidak ada keperluan. Kalau nak jumpa, mungkin kita jumpa di mahkamah nanti, bila beliau dituduh dan saya dipanggil untuk menjadi saksi.

“Masa itu kita boleh jumpa, di peringkat ini saya tidak nampak keperluan untuk jumpa, melainkan kita selesaikan siasatan polis dan pejabat timbalan pendakwa raya.”

Faizal sekali lagi mendesak Jakim dan KDN membuat penjelasan terhadap alasan mereka memilih Zamihan untuk memulihkan tahanan Sosma.

“Saya percaya selain daripada pihak penjara, Jakim perlu tampil bertanggungjawab kerana ini adalah pegawai di bawah seliaan Jakim.

“Jakim tidak boleh lepas tangan begitu sahaja, mereka perlu beri penjelasan di atas justifikasi kelayakan Zamihan. Dalam ramai pegawai agama, mengapa Zamihan dipilih untuk urusan sebegini. KDN juga perlu bertanggungjawab.”


MR : Kecelaruan dalam agama kadang datang daripada orang agama....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Editor pun jgn cepat menuduh...tanya dulu sape faizal tu

    BalasPadam
  2. Tak ada ke 12 peguam nak tolong ustaz Zamihan

    BalasPadam
  3. Aturan oleh sikafir melayu islam sendiri disuruh menjatuhkan ustaz dan agama islam.Sedih betul negara Kita sekarang ini.

    BalasPadam
  4. Sikit saja tu tuan Sheikh, mungkin tak sampai pun 10% daripada ujian2 yang di alami oleh imam2 mmazahab dulu. Nak bawa Islam bukannya senang.

    BalasPadam