Header Ads

ads header

Flash News

Rais Yatim pun tegur Lim Guan Eng


BANGI: Bekas penasihat kebudayaan kepada kerajaan Tan Sri Rais Yatim turut mempersoalkan langkah Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan rasmi Kementerian Kewangan dalam bahasa Mandarin, sambil menyeru pemimpin DAP itu memberhentikan amalan itu.

“Bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu sudah cukup,” kata Rais selepas menyertai forum “Pasca-PRU14: Mendepani Cabaran Melestari Institusi Beraja” di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

Pelbagai pihak, termasuk pemimpin Umno membidas Lim tidak menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tetapi setiausaha agung DAP itu mempertahankan tindakannya dengan berkata, ia melambangkan pengiktirafan kerajaan Pakatan Harapan terhadap aspek kepelbagaian bahasa dan globalisasi.

Beliau turut merujuk Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan tiada orang boleh dihalang daripada bertutur, mengajar atau belajar bahasa lain.

Lim turut menyifatkan pengkritiknya bersikap “perkauman” dan bertegas tidak akan tunduk kepada kritikan mereka.

Rais berkata, apa yang dilakukan oleh Lim itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Katanya, selama lebih 40 tahun berkhidmat dalam kerajaan, tidak pernah digunakan bahasa selain bahasa Melayu atau Inggeris, sekiranya dibenarkan.

“Dengan itu dengan rendah hati saya memohon, jika benar ada edaran dalaman bahasa Mandarin, janganlah diteruskan amalan tersebut. Kita rasmikan kehendak Perlembagaan iaitu bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu,” katanya.


MR : Masalah yang berlaku DAP memang tak boleh terima cara mereka ditegur....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. What's says the Prime Minister no comment from him Seems he agree with his financial minister i think he knows this is not correct but he prefer to keep silent at the moment or he is just the puppet.

    BalasPadam
  2. orag iban, orang kadazan, orang asli, org india pun nok statement dlm bhs die jugok..huahahaha

    BalasPadam
  3. Hasil tangan penyokong ph. Kamu ingat dap akan tunduk pada teguran kamu tun m pun pertahankan lge sebab pm boneka. Pasal hormat perlembagaan mana dap nak hormat sebab matlamat dap nak pinda perlembagaan. Bagi pembela ph tak nampak lg ke siapa yg memerintah sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengundi ph takkan menyesal punyer. Sebab takut la nnt nampak bodoh. Itu pantang tu

      Padam
  4. Mereka dalam proses nak ubah perlembagaan. Saper kuat dia boleh buat..realiti Hari ini, sejarah Hari esok.

    BalasPadam
  5. No more dap for pru15...

    BalasPadam