Header Ads

ads header

Flash News

Bercakap Tentang Islam, Siti Kasim Ikhlas, Dr. Asri Dibayar - Anas Zubedy


Kuala Lumpur: Anas Zubedy, penganjur kempen “Let’s Read the Quran” mengingatkan Mufti Perlis tentang keikhlasan Siti Kasim, seorang Muslim sejati yang bercakap mengenai agama Islam secara percuma, sedangkan tokoh agamawan tersebut dibayar untuk bercakap mengenai agama Islam.

Beliau berkata sedemikian dalam penulisan beliau agar Mufti Perlis tersebut tidak meneruskan niatnya untuk menganjurkan dialog terbuka berkaitan Islam di Malaysia di antara peguam tersebut dengan Ustaz Salman Ali.

“Yang mulia Mufti Perlis perlu ingat apabila Siti bercakap mengenai Islam, beliau tidak mendapat bayaran. Beliau mendapat duit dengan menjadi seorang Muslim, bukan untuk menyampaikan Islam. Beliau menghasilkan pendapatan melalui pekerjaannya sebagai seorang peguam.”

“Siti bekerja keras merayu sana sini bagi mendapatkan dana untuk melakukan kerja-kerja kebajikan kepada mereka yang tiada kuasa, tiada suara.

Beliau melakukannya bukan kerana wang! Itulah tanda sebagai seorang Muslim sejati.” “Yang mulia Mufti perlu ingat, apabila beliau bercakap mengenai Islam, beliau mendapat bayaran. Sedangkan Siti tidak.”

“Kita perlu beri pengiktirafan sewajarnya kepada mereka yang membelanjakan wang mereka sendiri bagi menyebarkan pegangan mereka sendiri mengenai Islam.”

Anas Zubedy juga mengambil kesempatan untuk memuji Siti Kasim sebagai seorang Muslim yang baik hati dan berhati mulia serta membawa lambang Islam sepertimana Rasulullah SAW memperjuangkan nasib mereka yang memerlukan.

“Siti berhati baik dan seorang Muslim yang baik. Nabi juga berjuang bagi mereka yang miskin, yang terpinggir dan mereka yang memerlukan. Siti melambangkan bahagian Islam tersebut dengan rambutnya yang diwarnakan dan gayanya yang ranggi.”

“Tolonglah lihat pada inti dan bukannya rupa luaran sahaja.” Menurutnya lagi, Siti Kasim adalah seorang Muslim yang menggunakan penafsiran al-Quran tersendiri sebagai pedoman dan sumber hidayah, sebagaimana yang dilakukan oleh para ulama yang agung.

“Siti Kasim ialah seorang Muslim. Beliau mungkin tidak bersetuju dengan cara aliran utama menafsir al-Quran, tetapi beliau masih mengguna al-Quran sebagai panduan beliau, hidayah beliau. Dengan kata lain, perbezaan hanyalah pada tafsiran.”

“Sebagai contoh, rambut sebagai aurat. Siti tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan tudung sebagai bahagian penting sebagai seorang Muslim kerana beliau melihat tidak ada keperluan untuk memakai tudung dalam al-Quran.”

“Keyakinan beliau adalah berdasarkan kefahamannya sendiri mengenai al-Quran.” “Sedangkan para ulama agung pun berselisih dalam pelbagai penafsiran al-Quran — mereka juga mengikut keyakinan masing-masing. Mereka juga menggunakan al-Quran sebagai hidayah mereka. Seperti itu jugalah Siti.”

Sumber : https://www.menara.my/bercakap-tentang-islam-siti-kasim-ikhlas-mufti-dibayar-anas-zubedy/

MR : Baru Dr. Asri tahu kenapa PAS tolak sokongan kepada golongan liberal. Tapi demi nak menangkan Amanah Dr Asri langgar semua uslud Islam yang dilakukan ulama muktamar. Kan kena atas kepala baru tahu. Nak 'kawal' Siti pun pening!!


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/


Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR




15 ulasan:

  1. Nak kawal siti pun x lepas. Apatah lg siTun.

    BalasPadam
  2. Dalam konteks demokrasi, meskipun suara individu ada volume dan ada pendengar yang ramai, ia bukanlah suara penentu di peringkat pusat. Pusat mungkin nak dengar, ikut tak ikut itu hanya pusat yang tahu.

    BalasPadam
  3. Dalam sistem demokrasi, 'Majoriti Menang' tetapi tak semestinya majoriti tu betul yang betul hanya Al QUran dan Hadis. Dan itu lah yang akan menentukan sama ada seseorang itu baik ke jahat, bukan dari sudut pandangan manusia tapi dari sudut pandangan Allah.

    BalasPadam
  4. yang amat menarik bila Siti Kassim mengatakan Allah itu wujud hasil getaran... SubhanAllah... Maha Suci sifat Allah daripada segala sesuatu yang baharu.

    BalasPadam
  5. Kan Dr Maza dah cakap.. buat baik juga adalah islam. Jadi siti paham buat apa saja selagi perkara itu baik.. itu menunjukkan islam. Sila la jawab Dr Maza

    BalasPadam
  6. No namanya baling batu sembunyi tangan.. Siti kassim takut ke.? Adakah seseorang lain diguna untuk cover diri? Hentam sana sini kat luar buat apa.. Maza dah offer, pergilah.. Apa2 yg tak puas hati, sila utarakan dgn Maza..
    Anas Zubedy ni mgkn masuk air kot, bila kata siti kassim muslim Sejati...

    BalasPadam
  7. Nak buat jambatan kena rujuk jurutera
    Nak sihat rujuk doktor
    Nak tahu pasal Islam rujuk....

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Kalau Loyer beradu suara dengan loyor buruk, si loyer dikalahkan

    Kalau agamawan beradu suara dengan loyor buruk, kalahlah si agamawan

    Kalau agamawan beradu suara dengan loyer, tiada kesudahan

    Kalau loyer berpadu suara dengan agamawan, satu pembaharuan

    BalasPadam
  10. Eloklah tu. Sekarang Dr. MAZA dah sama level dengan Siti Kassim. Begitulah jadinya jika kamu kuat mengutuk dan mengkritik Perjuangan Islam. Akhirnya kamu akan dikutuk dan dikritik oleh golongan yang jahil.

    Padan muka kau.

    BalasPadam
  11. Kalau dapat gaji beerti kerja tak ikhlas...gaji dibayar utk jlnkn tanggungjawab yg diamanahkan amar maaruf nahi munkar kalau mufti tak buat kerja menegur dan biarkan kemungkaran boleh la kau nak cakap ikhlas ke tak

    BalasPadam
  12. Mengapa buang masa di layan fahaman mengarut sesat si minah kasim yang cacat otak ini...siapa dia untuk bercakap tentang Islam...watak songsang lahiriah,ucapan,pandangan beliau pun tidak mematuhi kehendak akidah,syariat dan akhlak seorang islam...idea gila mana dia boleh dakwa Allah wujud melalui getaran sedangkan getaran itu sendiri dicipta oleh Allah...Dalam ayat akhir Surah Al Ikhlas sendiri...Allah berfirman "tiada sesuatupun yang setara dengannya... dengan kata lain jika ada sesuatu kejadian menyamai kewujudan zat Allah... samada ciptaan itu terjadi,menjadi atau dijadikan samada ia berbentuk jisim ataupun jirim maka dengan automatik dakwaan itu tertolak atau gagal jawapan dengan sendirinya...Jika getaran itu satu jisim yang tidak kelihatan..namun ianya cukup mudah boleh dikesan melalui alat alat tertentu yang sesuai...akan tetapi alat apakah yang boleh diguna untuk mengesan kewujudan Allah yang dikatakan hasil getaran itu.?adakah dia lebih pandai dari Allah sehingga berani mempertikaikan ketetapan ketetapan Allah dengan dalil yang qatie dalam Al Quraan

    BalasPadam
  13. Agama Islam perlu difahami kebenaran dengan secara menyeluruh..jika tidak.. timbul fahaman songsang sesat yang akan menyebut..semasa tidak dharurat babi boleh dimakan setelah disembelih cara Islam...dibolehkan merompak atau menyamun dengan alasan untuk menderma...tidak salah zina sekiranya suka sama suka...usah jaga tepi kain orang lain kerana kubur masing masing atau itu dosa peribadi....sebahagian syariat syariat Islam dipertikai dengan mengutip alasan atau pandangan pandangan lemah bagi membolehkan ianya bersesuaian dengan hawanafsu serta kepentingan peribadi...kelompak sesat ini kembali mengutip semula hukum hukum jahiliah tanpa alasan yang benar

    BalasPadam
  14. Kita tidak akan merasa hairan jika kita melihat jantan liberal sesat menyokong betina liberal sesat untuk menyesatkan umat Islam.

    Bahkan cara hidup, mentaliti dan sikap betina liberal sesat tersebut bertentangan dengan ajaran Islam. Maka kita juga meragui status betina tersebut.

    BalasPadam