Header Ads

ads header

Flash News

UK sedia bantu siasatan 1MDB

​ Anwar bersalaman dengan Johnson, dalam pertemuan mereka, semalam. Foto: FB Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - United Kingdom (UK) menyatakan komitmen untuk membantu Malaysia dalam siasatan berkaitan skandal 1Malaysia Developmet Bhd (1MDB), termasuk memulangkan semula aset-aset yang dirampas di negara tersebut.

Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dicapai ketika pertemuan antara beliau dengan Setiausaha Luar United Kingdom, Boris Johnson, dalam rangka lawatannya ke negara itu semalam.

"Johnson turut memberi jaminan bahawa kerajaan UK akan menyokong semua siasatan berkaitan skandal rasuah 1MDB.

"Sejarah persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara yang sudah lama terjalin akan terus diperkuatkan di bawah kerajaan Pakatan Harapan yang baharu," katanya dipetik menerusi kenyataan dalam laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Selain itu, Anwar berkata, pertemuan itu turut membincangkan peluang masa depan untuk meningkatkan perniagaan, pendidikan, kerjasama penyelidikan Sains dan perubatan dua hala.

Sementara itu, dalam sesi temu bual bersama akhbar The Guardian, Anwar memberi isyarat  bahawa kerajaan Malaysia yang baharu akan meneliti pelaburan hartanah dengan menggunakan dana kerajaan di UK semasa pentadbiran terdahulu, terutama pembangunan Battersea Power Station.

Anwar dalam rangka lawatan ke UK selama empat hari bermula Ahad lalu, atas jemputan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore.

1 ulasan:

  1. Hubungan antara dua negara adalah berkait rapat dengan tugasan kementerian luar negara. Apakah umum tidak tahu apa yang sepatutnya umum tahu? Secara khususnya, setelah mengambil kira senator boleh dilantik jadi menteri, apakah kementerian luar sudah dapat menteri baru???

    BalasPadam