Header Ads

ads header

Flash News

Bersalaman Lelaki Perempuan 'Not A Big Deal' kata Dr Maza


Ada seseorang dari Johor berbual tadi. Dia kata: "Kami di Johor boleh bersalaman lelaki dengan perempuan bukan muhrim (perkataan sepatutnya mahram). Kami berpegang kepada Mazhab Shafie. Hanya geng wahabi sahaja yang tidak benarkan ".

Saya beritahu dia bahawa dalam Mazhab jumhur (majoriti) khususnya Mazhab Shafie hukumnya haram. Boleh rujuk kitab-kitab Mazhab Shafie. Namun di sana ada pendapat dalam Mazhab Hanafi dan salah satu pendapat yang dikaitkan dengan Imam Ahmad bin Hanbal, membolehkannya. Secara umumnya, kelonggaran dalam hal ini diambil asasnya dari Mazhab Hanafi dengan syarat-syarat tertentu.


Saya secara peribadi sejak belasan tahun yang lepas telah menyatakan perkara bersalaman lelaki dengan perempuan bukan mahram atas keperluan dan syarat tertentu adalah khilaf. Dr Yusuf al-Qaradawi antara yang lantang menyatakan keharusan hal ini secara bersyarat. Saya secara peribadi juga bersalaman jika ada keperluan dengan syarat-syaratnya. Demikian ketika saya berada di UK, juga di Malaysia bila keadaan memerlukan. Ertinya saya sama sekali bukan wahabi!

Saya beritahu kawan dari Johor, itu bukan 'big deal' dalam fekah dan ia masih boleh disenaraikan dalam masalah khilafiyah. Alhamdulillah, orang Johor juga mengamalkan pendapat di luar dari Mazhab Shafie.

Perlis dah lama pegang banyak pendapat Mazhab Hanafi termasuk mewajibkan zakat harum manis. Dalam Mazhab Shafie tidak wajib, hanya padi dan makanan asasi yang lain. Namun, apabila taukeh harum manis lebih kaya dari petani padi, maka pendapat Mazhab Hanafi kita pilih kerana ia lebih kukuh dan praktikal.

Tidak mengapa menerima pelbagai pendapat mazhab jika ada alasan dalilnya, dengan syarat jangan tuduh orang yang tidak mengamalkan Mazhab Shafie sepenuhnya itu wahabi!". Peace!


Saya sangat hairan bagaiman Ahli Majlis Syura IKRAM, Dr Maszlee Malik boleh bersalam dengan wanita bukan mahram?

Maka marilah kita bersama dengan wanita dan lelaki. Saya pun nak salam juga dengan bini atau anak perempuan Dr Mohd Asri (MAZA) maybe hari ni...







Semua pimpinan PAS yang keluar pasrti tubuh parti AMANAH adalah dikalangan mereka yang mengamalkan Islam liberal. Jangan hairan mereka boleh setongkol dengan golongan menentang hudud dan pengamal Islam secara menyeluruh.



Ini lagi hebat boleh peluk, bukan bersalam sahaja. Agaknya apa hujah Dr Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA), Dr Rozaime Ramli (ROR), Dr Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) dan Dr Danial Zainal Abidin untuk mermbenarkan perbuatan peluk ni?





Pasal itu Presiden AMANAH kononnya parti Islam Progresif kata penulis buku yang pernah menjadi editor di Harakahdaily boleh ber'mesra' dengan wanita atas kepentingan umum yang membenar sentuhan bukan mahram.

ABBAS MOHD NOOR

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

13 ulasan:

  1. Merosakkan islam secara beransur2.

    BalasPadam
  2. Adui.. kita kena bersikap adil. Dah terang2 dia kata boleh bersalam kalau ada keperluan dgn syarat2. Kenapa bagi contoh salam dgn anak bini dia. Lagipun ada ulamak lain pun cakap sama.
    Cuma saya tak bersetuju cara dia menulis. Dia mufti.. akhlak dan hujah pun kena level mufti. Bukan level2 ustaz kampung. Itu susahnya kalau ada mufti muda.. ilmu ada tapi hikmah kurang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokong
      Patutnye mufti beri pemahaman..
      Ni x..statement tergantung buat masyarakat kalut..
      Mane lah org bukan Islam nak hormat..

      Padam
  3. Rahmat yg dicari, bala yg dapat

    BalasPadam
  4. Raya adalah hari bersalam salaman. Apakah hari raya itu cukup atau tidak cukup syarat untuk muhrim berjabat tangan dengan bukan mahram? Tolong tanyakan.

    Sebagai agama rasmi, ada institusi itu dan ini, sampai bila nak keluar pendapat secara ad hoc. Kenapa tidak proaktif dan buang reaktiviti yang semacam bidan terjun atau lipas kudung.

    BalasPadam
  5. Fatwa itu dlm hati kamu, tepuk dada tanya iman .. Selalunya kita ada keyakinan bahawa sesuatu perkara itu tak betul atau tidak boleh, tp kita cuba menjustifikasikan bg membolehkan..

    Org beriman apabila nak buat sesuatu yg akan ada bisikan hati jika perkara itu meragukan atau was2. Yang halal itu jelas, yg haram itu jelas, dan diantaranya ada yg samar2, maka tinggalkanlah..
    Mudah2an panduan ini bermanfaat bg mereka yg mahu..

    BalasPadam
  6. Nak seribu daya , tak nak seribu dalih.
    Mufti besar berada dalam hati kamu.
    Saya pernah melihat satu pemimpin Islam yang tidak mahu berjabat tangan dan sebaliknya memberi senyuman dan membuat lambaian tangan ke hatinya tanda pengiktirafan. Takde masalah pun.

    BalasPadam
  7. Inilah dia kumpulan agama tanpa syariat.

    BalasPadam
  8. Bimbang dengan kata2 mufti nih anak2 muda kita menjadi penjana saham buat mufti nih dan juga ibu bapa......

    BalasPadam
  9. Pd sy dr maza org yg berilmu..tp cara penyampaian dia tdk jelas..
    Sy sgt2 tak faham dr maza ni..adui...dr maza dr maza..

    BalasPadam
  10. Dengar direct dari Dr Maza.
    Jangan setakat baca apa orang tulis saja.

    https://youtu.be/ZW2AAVRL0QA

    BalasPadam
  11. kadang2 cakap orang status ulama ni lg mengelirukan...aku berlindung pada allah...

    BalasPadam
  12. Orang yang berilmu dan cerdik tidak perlukan penjelasan yang terlalu detail. Kita cuma perlu baca sampai habis dan fahamkan maksud yang ingin diperjelas. Buka minda jangan sempitkan. Dalam hati harus ada perasaan berlapang dada. Tidak akan ada kenyataan yang berbaur marah atau dendam keluar dari kalam kita.In Sya Allah.

    BalasPadam