Header Ads

ads header

Flash News

Otai Reformis beri kata dua pada MB Perak


Sebuah kumpulan menggelar diri mereka Otai Reformis 98 memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu bagi menjelaskan tindakannya yang dianggap mengkhianati perjuangan mereka melawan Umno dan BN.

Dalam satu kenyataan kumpulan itu antara lain mempertikaikan bagaimana Ahmad Faizal boleh melantik bekas pemimpin Umno Datuk Zainol Fadzi Paharudin sebagai penasihat menteri besar dan kedudukan itu bertaraf exco.

Setiausaha Otai Reformis 98 Akhi Nosa Iskandar berkata pihaknya juga tidak dapat memahami tindakan Ahmad Faizal mengambil pemimpin Umno lain untuk diberikan jawatan dalam kerajaan negeri.

"Pelantikan itu mengkhianati perjuangan kami yang menentang Umno dan BN sejak 1998," katanya.

Ahmad Faizal ialah Pengerusi Pakatan Harapan Perak merangkap pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) negeri yang dilantik menjadi menteri besar selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu.

Pelantikan itu berjaya dibuat selepas Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berpuas hati HARAPAN mendapat kerusi majoriti di dewan undangan negeri (DUN).

Asalnya berlaku kebuntuan apabila HARAPAN tidak mendapat kerusi yang meyakinkan apabila memenangi 29 daripada 59 kerusi DUN Perak.

Mahu Anwar campur tangan

BN memenangi 27 kerusi lagi manakala PAS cuma tiga. HARAPAN akan hilang majoriti di DUN Perak jika BN bersekutu dengan PAS.

Bagaimanapun penyelesaian ditawarkan PAS tidak mendapat sambutan, manakala dua daripada ADUN BN mengisytiharkan diri mereka menyokong HARAPAN.

Seorang daripada mereka ialah Zainol Fadzi yang juga ADUN Sungai Manik. Dia kemudian dipecat daripada Umno.

Ekoran perkembangan itu Ahmad Faizal mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada 12 Mei.

Pelantikan Zainol Fadzi sebagai penasihat khas menteri besar pada akhir Mei lalu.

Kata Akhi Nosa kumpulannya memberikan tempoh tujuh hari kepada Ahmad Faizal memberikan penjelasan mengenai langkahnya menempatkan pemimpin Umno berkenaan.

"Jika tidak diberikan penjelasan, maka kami serta penyokong HARAPAN akan mengadakan himpunan protes di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak," katanya.

Akhi Nosa juga menuntut diberi ruang mengadakan pertemuan dengan Ahmad Faizal bagi mendapatkan penjelasan mengenai pelantikan yang dibuatnya.

Selain itu Otai Reformis 98 Perak turut meminta Ketua Umum HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan bagi menyelesaikan kemelut berkenaan.

"Langkah itu perlu diambil supaya isu-isu sebegini tidak lagi berulang di semua peringkat kepimpinan HARAPAN," katanya.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

3 ulasan:

  1. Selalunya yang jadi musuh adalah manusia atau haiwan. Namun ada musuh yang tidak nampak seperti iblis.

    Memaafkan musuh bukanlah satu yang mudah. Lagi besar musuh itu lagi sukar untuk memaafkannya.

    Kalau musuh yang paling besar dan paling lama boleh dimaafkan, musuh lebih kecil dan baru adalah lebih senang.

    Kalau musuh paling besar boleh di berikan jawatan tertinggi tanpa pertikaian, pemberian jawatan pada musuh kecil tidak sepatutnya ada pertikaian.

    Dalam konteks PH (4 kepala), bila 3 kepala terus bergerak ke depan dan satu kepala terus bernostalgia, akan terbina jurang masa.

    **yang tidak layak dimaafkan sampai bila2 adalah musuh yang tidak nampak itu sahaja.

    BalasPadam
  2. Tanpa penghijrahan dan sokongan YB Zainol Fadzi dan rakannya...tak mungkin PH berupaya nembentuk kerajaan di Perak!

    Takkan ini pun OTAI REFORMIS tak mampu nak faham... ;)

    BalasPadam
  3. UG versi PH. Tak mengapa utk mereka melakukan apa saja sebab mereka mempunyai kekuatan jentera F & P (Fitnah & Persepsi). Pelbagai tududhan & fitnah dicipta terhadap PAS yg dituduh bergabung bersama UMNo sedang secara jelas mereka menjadi kerajaan atas ehsan ADUN UMNO yg jenis mcm mereka juga, kepentingan peribadi.

    BalasPadam