Header Ads

ads header

Flash News

Pemberitaan Malaysiakini Yang Berniat Jahat!


MalaysiaKini menggunakan tajuk “Manifesto: PAS minta rakyat sabar”. Ini cara pemberitaan persepsi yang berniat jahat oleh MalaysiaKini, media yang dari dulu hingga kini sering tidak berlaku adil kepada PAS. Cara pemberitaan sebegini samalah seperti RM257 Juta dinyatakan sebagai suku Billion untuk mencipta persepsi!

Cuba tonton sendiri video temuramah bersama Presiden PAS YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH). Tontonlah berulang kali dan anda akan dapati tiada sepatahpun TGHH sebut “Rakyat sabar". Pihak yang menyebut rakyat sabar tersebut ialah wartawan yang bertanya.

Beginilah propaganda Malaysiakini untuk membuat agar TGHH dipandang negatif dan menjustifikasikan kegagalan master politik mereka menunaikan janji. Begitulah modus operandi mereka dalam pembunuhan karakter (character assassination) terhadap Presiden PAS yang dijalankan secara halus. Sinar Harian pula ambil berita Malaysiakini bulat-bulat lalu dijadikan berita mereka.

TGHH sebut Manifesto PAS di Kelantan dan Terengganu tetap akan dilaksanakan. Ada Manifesto yang perlu disegerakan dan ada perkara yang perlu tunggu masa. Ini kerana Janji Manifesto PAS tiada menyebut jangka masa pelaksanaan 100 hari atau seumpamanya, asalkan ia dilaksanakan dalam masa mandat diberikan rakyat iaitu 5 tahun mendatang.

Ini berbeza dengan Pakatan Harapan yang menjanjikan secara spesifik 10 Janji 100 Hari dan 60 Janji menjelang 5 tahun mendatang. Nampaknya kini sebahagian besar 10 Janji 100 Hari tersebut terpaksa ditangguhkan pelaksanaannya selepas 100 hari atas pelbagai alasan!

Boleh dapatkan Manifesto Pakatan Harapan di sini: https://goo.gl/kFMeuB. Jangan marahkan rakyat yang mempersoalkan Janji Pakatan Harapan kerana seolah-olah janji dulu baru kaji. Harapan rakyat menggunung. Janji bulan dan bintang, maka rakyat mengharap segera siang!

Apapun, saya positif semua pihak sama ada Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri-Negeri sama ada di bawah PAS, PH atau BN akan berusaha mensejahterakan rakyat dengan menunaikan Janji Manifesto. Jangan sampai momokan Janji Dicapati yang dulu sering dilaung kepada Kerajaan terdahulu diwarisi Kerajaan hari ini!


Kredit: Muhtar Suhaili As-Sarawaki
https://www.facebook.com/profesionalistiqamah/videos/863302227187892/


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

9 ulasan:

  1. Pihak media yang kepoh dalam isu suku bilion, harus juga terpanggil untuk membincangkan perihal tajaan2 lebih kurang 0.0000001 trillion dari luar negara terutama dari NED terhadap beberapa badan dan entiti di negara ini.

    Kelesuan, kepekakan, kebutaan dan kebisuan dalam isu tajaan trillion of ringgit dari luar negara adalah bukti tidak langsung bagi satu agenda tersurat: anti ketimoran (anti monraki) dan pro barat (pro yehoyah).

    BalasPadam
  2. Memang mkini wartawannya bersifat jahat.. byk lg berita sy tgk bila mrk menyiarkan ttg pas, akan digambarkan pas sbgai sgt buruk.. ttapi sebaliknya utk pemimpin mrka.

    BalasPadam
  3. Berita malaysiakini tiada integriti..

    BalasPadam
  4. Malaysiakini mmg kaki spin

    BalasPadam
  5. Apabila umum saja kptusan pas menang negeri trganu secara auto mnifsto pas jln slalu yg aku tahu xperlu dh byar cukai pintu, terus dpt air percuma, rakyat bebas utk berniaga di mana saja xperlu lagi lesen. Pahtu dgor plok cite bru ni wak dah strek kawin free. Ade byk ag lps ni. Hati rasa tenang bila pas dpt smla ngetoh ganukita. Pemimpin pas tahu dosapahala sdh pasti akan jujur

    BalasPadam
  6. Membaca ulasan wartawan dan pembaca MK nampak sangat pandangan yang bias dan tidak jujur terhadap PAS. Pembaca yang komen pula nampak sangat ramai di antara mereka yang sengal serta cacat otak tentang fikrah PAS yakni menyerlah kebodohan dan pemikiran bebal mereka

    BalasPadam
  7. Pemberita malaysia kini berdarah bn memakai baju ph..sperti penyokong fanatik ph terkini..

    BalasPadam
  8. Ph kan BN 2.0 perangai sebijik

    BalasPadam