Header Ads

ads header

Flash News

Betul ke Mahathir bersalam dengan 55,000 pengunjung?


Dianggarkan 80,000 orang melawat rumah terbuka kerajaan di kediaman rasmi Sri Perdana Perdana Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berakhir pada 4.30 petang semalam.

Dr Mahathir, yang diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah dan ahli Kabinetnya, berjabat tangan dengan beribu-ribu pengunjung semasa sesi bertemu dan berbual yang berlangsung selama tiga jam.

“Saya berjabat tangan 55,000 orang hari ini; Saya takut tangan saya akan menjadi lekang (tertanggal),” kata Dr Mahathir.

Ini satu lagi berita jenis drama yang boleh kita kategorikan "Feature Human Interest" untuk menunjukkan hebatnya pimpinan sekarang, jadi tak apalah JANJI MANIFESTO tidak dilaksanakan.

Jika 55,000 pengunjung mengambil masa 1 saat seorang untuk bersalam. Ini bermakna Mahathir perlukan masa 916.7 minit iaitu kira-kira 15.3 jam untuk bersalam.

Logik ke? Takkan 1 saat seorang? Takkan nak tunjuk sokongan rakyat kena menipu macam parti AMANAH tipu ahlinya 100,000 orang.

Sepatutnya dah tercabut lengan Mahathir dan kini berada di ICU.



Kalau nak "kelentong" pun berpada-padalah. Tak perlulah nak buat persepsi dalam meraih undi. Makin lama rakyat akan menjadi makin bosan.




PH sepatutnya meneliti kunjungan Hari Raya PH yang sama dengan posisi pengundian PRU-14.  70% cina menyokong PH yang hadir. Di mana Melayu? Lihatlah gambar-gambar sambutan Raya PH berapa ramai muka Melayu.

PH juga kena teliti tentang perbelanjaan mewah Sambutan Hari Raya ini sedangkan negara mengalami hutang yang banyak. Sikap hoipokrit PH sangat jelas dalam satu masa PH minta rakyat berjimat, Menteri potong gaji tapi dalam satu masa lain PH pula membelanjakan wang yang besar dalam pelbagai program PH. PH sepatutnya contohi Agong yang batal Sambutan Hari Raya serta balik ke Kelantan (ada makna) buat cara yang serdahana di Kelantan bersama Kerajaan PAS.

Makin hari makin jelas PAKATAN HARAPAN sebenarnya telah bersalin semula kulitnya kepada BN 2.0 yang dulunya mereka adalah UMNO dan daripada akar yang sama tetapi cabang sahaja berlainan.

ABBAS MOHD NOOR


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

6 ulasan:

  1. Berapa kali le orang Islam nak kene kelentong dengan harbi ni? Yang aku tengok orang Melayu ni makin berjaya makin tak sedar diri. Kebanyakkan dari kawan aku yang menyokong pakatan harbi ni semuanya loaded2 dan hampir kesemuanya belajar di asrama penuh. Lepas berjaya semuanya lupa diri kata kerajaan zalim. Kerajaan Islam sama yang membantu depa dulu. Dapat pegi belajar oversea dapat scholarship gomen dan bermacam2 lagi. Alih2 kerajaan zalim. Abih tu camno? poning ambo.

    BalasPadam
  2. Dunia akhir zaman...fitnah sudah jadi mknan harian...

    BalasPadam
  3. Mahathir itu bapak segala pembohongan kan? .... Kalau dia mengambil masa 1.8 saat untuk bersalam dg seseorang, maka ia memerlukan 27.5 jam untuk bersalaman....kalau dia mula bersalam pada pukul 3:00 petang Jumaat... Dia akan selesai bersalam pada 6:30 petang Sabtu....Itu belum tolak masa tidur, makan, berak, kencing dll.

    BalasPadam
  4. Benda kecik je ni...x payah jd bahan cerita...walaupun Tun pernah zalim dulu tp jgn selamanya kt membenci dia...kita kena berfikitan positif gak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak sangat auta naik menyampah benda kecik pun nak auta.Aku lebih kagum dengan Tun yang dahulu dari yang sekarang.

      Padam