Header Ads

ads header

Flash News

Ku Li layak jadi presiden kerana ada 'roh Umno' kata PKR Kelantan


Sokongan terhadap Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dilihat tidak terhad dari kalangan anggota Umno sahaja tapi juga daripada anggota PKR yang menyifatkan ahli politik veteran itu paling layak menjadi presiden Umno.

Pengarah Komunikasi PKR Kelantan Mohd Sukirman Mustafa berkata, ini kerana Tengku Razaleigh, atau dikenali sebagai Ku Li mempunyai "roh Umno".

"Ku Li layak untuk di angkat sebagai presiden Umno yang baru berdasarkan faktor "roh Umno" yang ada bersama beliau.

"Umno perlu untuk menjadi pembangkang yang kuat untuk tugas semak dan imbang kerajaan persekutuan," katanya.

Jelas Sukirman, Umno perlu bangkit dan memainkankan peranan sebagai pembangkang bersama PAS, yang disifatkannya sebagai "hidup segan mati tak mahu".

"Mungkin juga mereka (Umno dan PAS) perlu untuk bekerjasama dalam satu gabungan pembangkang.

"Di sinilah perlunya peranan Ku Li kerana beliau dilihat mampu untuk menjadi ketua setelah pemimpin pemimpin Umno yang lain sama ada terlibat dengan pembongkaran skandal oleh kerajaan atau mereka tidak ada semangat juang yang tinggi," katanya.

Ramai pihak dari kalangan Umno sebelum ini melihat pemangku presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak sesuai menerajui Umno selepas kekalahan parti itu pada pilihan raya umum yang lalu.

Ku Li yang dilihat sebagai calon alternatif dilihat menerima sokongan ketua-ketua bahagian Umno yang menyifatkan pengalaman luas anggota parlimen Gua Musang itu dapat membantu proses pemulihan Umno.

Sehari sebelum penamaan calon pemilihan Umno tamat, Ku Li  dalam sidang medianya hari ini akihirnya mengumumkan akan mencabar Ahmad Zahid bagi jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti itu 30 Jun ini.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

1 ulasan:

  1. Bertandinglah secara budiman Ku Li...jgn bila kalah..merajuk pulak tubuh 2.0 S46

    BalasPadam