Header Ads

ads header

Flash News

DAP Pertikai Cara Pelantikan Wan Saiful ketuai PTPTN


PETALING JAYA: Pelantikan pakar strategi PPBM Wan Saiful Wan Jan sebagai pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sepatutnya dibuat melalui Dewan Rakyat, kata pemimpin veteran DAP Dr Boo Cheng Hau.

Beliau berkata pelantikan ketua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun seperti PTPTN perlu diteliti terlebih dahulu dan dibuat secara telus bagi menyekat kronisme dan rasuah.

“Saya hormati kebolehan Wan Saiful. Kelayakan beliau tidak diragui, tetapi (pelantikan itu) boleh memberi gambaran campur tangan eksekutif,” kata Boo, yang merupakan bekas pengerusi DAP Johor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, kepada FMT.

“Saya menolak campur tangan eksekutif, dan kebolehan harus mengatasi kepentingan politik,” kata beliau.

Katanya, lantikan politik ke jawatan utama mestilah diteliti terlebih dahulu oleh orang awam melalui prosedur rasmi, terutamanya oleh jawatankuasa tetap Parlimen.

GLC dan badan berkanun juga katanya, perlu berjalan secara bebas tanpa kaitan dengan parti atau tokoh politik, selain tertakluk kepada undang-undang dan prosedur bagi menjamin ketelusan serta proses semak dan imbang yang teratur.

Beliau berkata, isu 1MDB merupakan contoh terbaik akan kepentingan jawatan utama badan sedemikian diteliti dengan rapi.

“Sekadar pertukaran kerajaan tidak mencukupi. Kita perlu memperbaharui sistem.

“Jika rakyat melihat pelantikan orang penting dalam GLC dan badan berkanun dibuat dengan telus, itu petanda baik. Tapi jika tidak, ia akan membawa kepada perasaan saling tidak percaya dalam kalangan mereka,” katanya.

Baru-baru ini Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, mempertahankan pelantikan Wan Saiful dan menolak dakwaan ia merupakan langkah politik.

Katanya kementerian cuba mendapatkan khidmat beberapa individu lain, terutama mereka yang memiliki latar belakang ekonomi dan kewangan bagi mengisi jawatan tersebut, tetapi ditolak kerana mereka tidak bersedia memikul tanggungjawab berat jawatan berkenaan.

Maszlee berkata, Wan Saiful, yang merupakan penasihat khas beliau, tampil menyanggupi pelantikan itu.

Wan Saiful, bekas ketua pegawai eksekutif Institut Demokrasi dan Hal-ehwal Ekonomi (Ideas) dilantik sebagai pengerusi PTPTN pada 18 Jun lepas untuk tempoh 2 tahun.


MR : Dr Maszlee seolah-olah nak hidupkan semula semangat 'kronisma dan napotisme' ynng dipelopori pemerintahan UMNO dulu. Jangan kecewakan suara rakyat.....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. ha ha ha lu sudah kene kencing lah dapigs

    BalasPadam
  2. One Sai Fool pernah menfitnah parti Islam PAS konon PAS adalah barua UMNO dan fitnah ini telah menyebabkan sebilangan rakyat menolak PAS.

    Sekarang terbongkar dia adalah kepala bapak liberal dalam parti bunga yang mengamalkan kronisme dan kleptokrasi.

    BalasPadam
  3. Elok la tu. Kerajaan persepsi ni sedang membahagikan herta ghanimah sesuka hati macam harta mak bapak dia punya tanpa ambil kira kredibiliti dan faktor lain yg menyenangkan rakyat & pemimpin lain

    BalasPadam