Header Ads

ads header

Flash News

Datuk Seri Mohamad Hasan di pilih Timbalan Presiden UMNO


Bekas menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan secara rasmi menjadi regu buat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memulihkan maruah Umno yang runtuh selepas kecundang dalam pilihan raya umum lalu.

Setakat jam 9.45 malam ini Mohamad mendapat 75 undi dan meninggalkan pencabarnya dari Ketereh, Kelantan, Tan Sri Annuar Musa dengan kelebihan 20 undi.

Mohamad merupakan anggota dewan undangan negeri (ADUN) untuk kerusi Rantau di Negeri Sembilan.

Pada 9 Mei lalu, beliau memenangi kerusi itu tanpa perlu bertanding apabila pencabarnya calon PKR, Dr S Streram, gagal menghantar borang penamaan calon di pusat penamaan calon di Dewan Sri Rembau.

Insiden itu turut dikaitkan dengan pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Rembau.

Terdahulu, Ahmad Zahid berjaya memenangi jawatan presiden dalam pemilihan parti itu hari ini.


MR : Mampukah Mohamad Hasan memulihkan UMNO yang kini tercemar teruk, kita tunggu dan lihat....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan