Header Ads

ads header

Flash News

Zahid Hamid ‘sah’ Presiden UMNO yang baharu


Akhirnya Umno mendapat nakhoda baru selepas kapal mereka berlabuh akibat dibadai pengundi pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini dilihat bakal menjadi perdana menteri - sehinggalah BN kecundang di tangan Pakatan Harapan (HARAPAN) - dipilih majoriti anggota parti untuk menjadi presiden mereka.

Setakat jam 9.40 malam ini anggota parlimen Bagan Datuk itu memperoleh 93 undi sekali gus tidak memungkinkan mana-mana calon mengejarnya lagi.

Dua lagi calon utama yang bersaing untuk mengisi tempat ditinggalkan oleh Datuk Seri Najib Razak ialah anggota parlimen Rembau yang juga bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, serta veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Khairy mendapat 51 undi manakala Tengku Razaleigh cuma 23 undi.

Untuk rekod ini adalah percubaan kedua Tengku Razaleigh untuk menjadi presiden selepas 1987. Kira-kira 31 tahun lalu cubaan beliau digagalkan oleh kelebihan 43 undi yang memihak kepada perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu bagi perebutan jawatan timbalan presiden, bekas menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan semakin hampir menjadi pemenang apabila setakat 9.25 malam, beliau sudah mempunyai 75 undi.

Mohamad hanya memerlukan 21 undi lagi untuk menjadi pemenang. Pencabar tunggalnya, Tan Sri Annuar Musa ketinggalan dengan setakat ini hanya meraih 55 undi.


MR : Taniahlah untuk UMNO....... dengan pemilihan Zahid Hamidi nampaknya umno tidak akan bangkit lagi buat selama-lamanya..partner Najib nak pulih UMNO?? Buat rakyat gelak aje..


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

14 ulasan:

  1. Kalay Zahid menang insyaALLAH ada harapan. Mader mesti frust giler

    BalasPadam
  2. Nsib baik kj x mng..

    BalasPadam
  3. Jahanam la umno lps ni...x phm la awat umno x amik KuLi

    BalasPadam
  4. Selamat jalan UMNO .... semua boleh balik kampung, ttiidduuurrrr....

    BalasPadam
  5. Selamat jalan UMNO .... semua boleh balik kampung, ttiidduuurrrr....

    BalasPadam
  6. Umno boleh bangkit semula kalau KJ atau kuli menang. Tapi mereka pilih zahid. Senyum lebar la ph

    BalasPadam
  7. Woi puok2 umno blh slow2 stnby batu nisan pah2 gali lubang siap2 utk kabus diri sndiri spya x nyusoh kotrang. Patutlah puok2 umno bodoh buta kayu pi pilih zahid presiden. Lucu kali ���� mmg xmasuk akal mcne org pesen gtu akat jdi ketua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekalung tahniah utk umno..yg turun bodoh..yg naik 100x bngang..bagus punya otak umno..bersiap2 la utk majlis talkin..nywa dh di ujung krongkong..pH senyum manjang jer..pas hnya memerhati jer..x nk msuk cmpur hehe..

      Padam
  8. Zahid@Najib.... mendapat sokongan UMNO...tapi bukan pilihan rakyat Malaysia...


    Salah satu sebab BN kalah pemimpin korup. Dah terang benderang rakyat Malaysia tolak kepimpinan dulu... masih nak ambil lg... UMNO masih angau dengan zaman kegemilangan 60 thn dulu....

    PRU15 boleh kalah macam ni...

    BalasPadam
  9. betul betul bangang

    BalasPadam
  10. Ki..Ki..Ki.... ramai terpengaruh dengan retorik Zahid yang UMNO akan kembali berkuasa sebelum pru 15 nanti.Tu yang pakat sokong tanpa mengambilkira masa depan parti.... kemaruk kuasa kot?????

    BalasPadam
  11. Ki..Ki..Ki.... ramai terpengaruh dengan retorik Zahid yang UMNO akan kembali berkuasa sebelum pru 15 nanti.Tu yang pakat sokong tanpa mengambilkira masa depan parti.... kemaruk kuasa kot?????

    BalasPadam
  12. Zahid menang makin ramailah yang yang akan lompat parti... Bodo bangang apa xtau.. umno hanya jadi sejarah selepas ni... Syabas ketua yg mengundi..

    BalasPadam