Header Ads

ads header

Flash News

Generasi baharu mudah bosan terhadap agama?


AGAMA mengikat segala tingkah laku manusia kerana agama mempunyai autoriti. Ia datang dari tuhan yang mencipta manusia. Namun, generasi baharu menganggap agama sebagai benda lapuk, kolot dan mundur. Patutlah mereka rasa bosan dengan istilah tarbiah, taat, amal dan iman.

Ada kemungkinan kebosanan itu disebabkan pendekatan agama yang tidak sesuai dengan jiwa gen baharu. Namun, hidup mereka yang berteraskan teknologi menuntut semua perkara menjadi cepat dan segera. Mereka bosan kalau lambat, lama dan sama.

Tidak mainlah teh tarik dan nasi dagang, old taste. Pilihan mereka ialah fast food, cool blog ice, cabonara. Bosan hidup tanpa game dan internet.

Mereka mahu yang baharu, sensasi, teruja, moden dan ada kelainan. Diraikan pandangan, pendapat, hak dan keinginan mereka. Yang lama, tradisional, lambat, garang, kasar dan bengis - semua ini membosankan.

Apabila mereka mula ingin lolos dari ikatan tradisi Melayu dan panduan agama, maka jarum liberalisme bermula.

Ya, pendekatan agama perlu kepada perubahan. Namun dalam masa yang sama, generasi baharu perlu mengawal tarikan nafsu kepada semua perkara “baharu” agar tidak melepasi garisan merah yang dibenarkan.

Hidup biar ada ikatan dengan agama, kerana ia panduan untuk manusia.

DR MUHAMAD FAISAL



MR : Mungkinkah generasi baharu juga bosan dnegan politik?....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. PAS mampu memberi 'spark' yang diperlukan oleh generasi tersebut, tinggal lagi PAS hendak lah menyampaikan tawarannya dengan pendekatan yang lebih up-to-date. Konten dan konteks memang 'evergreen' kerana sumbernya dari alquran dan hadis. Rebranding diperlukan, Islam ni terpaksa di dagangkan kembali dengan package yang baru tanpa mengubah isi kandungnya. Islam does not only happen in holy times and places but Islam is ubiquitous. Saya lihat PAS is more progresif dari segi konteks dan konten, AMANAH tiada isi, tapi ada branding, which can be very dangerous untuk generasi ini.

    BalasPadam