Header Ads

ads header

Flash News

Gerakan umum keluar BN


Gerakan menjadi parti terbaru memutuskan untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) berikutan kekalahan mengejutkan pada pilihan raya umum bulan lalu.

Ia diumumkan oleh Naib Presiden parti itu, Dominic Lau selepas mesyuarat jawatankuasa pusat hari ini, yang berkata keputusan "sebulat suara" itu dicapai mengikut kehendak akar umbi parti.

"Salah satu keputusan yang telah kita buat ialah kita sebulat suara memutuskan untuk meninggalkan Barisan Nasional. Sebab utama (untuk meninggalkan BN) adalah kerana ini adalah suara akar umbi, pendapat akar umbi dan juga kehendak akar umbi.

"Oleh itu, semasa mesyuarat jawatankuasa pusat parti, kita berbincang dan (kita) memutuskan untuk mendengarkan (kehendak) akar umbi. Sebab itulah kami memutuskan untuk meninggalkan Barisan," kata Lau kepada Malaysiakini di ibu pejabat Gerakan di Cheras hari ini.

Bagaimanapun Lau berkata ia bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dicapai oleh kepimpinan parti itu.

"Ini adalah satu keputusan yang sukar untuk dibuat, ini adalah mesyuarat jawatankuasa pusat kedua/ Dalam mesyuarat pertama kita mempunyai dua pendapat, ada yang merasakan bahawa kita harus keluar, ada yang merasakan kita harus kekal. Dalam mesyuarat ini kita semua memutuskan untuk meninggalkan Barisan," katanya

Beliau menambah bahawa satu kenyataan akhbar akan dikeluarkan tidak lama lagi.


MR : Politik atas kuasa dan harta, bila sombong maka Allah akan tunjukkan sekuat mana kamu akhirnya hancur lerai satu persatu....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. Tunggu je sampai Umno tinggal sorang2. Masa tu baru nampak Nazri nak action lagi tak dgn Pas. Kita sabor je.

    BalasPadam
  2. Nazri dari dulu tak suka perjuangan islam tak pelik dan tak terkejut klu ada lg pemimpin umno yg sanggup bersama ph sebab meraka berjuang kerana dunia. Pada ahli umno fikirkanlah allah dah bagi petunjuk maka jangan sombong kembalilah ke jalan allah demi allah hanya allah saja yang maha berkuasa.

    BalasPadam
  3. Seangkuh angkuh firaun pun tumbang jgk.. Ni plk takat level pencacai saja... Pikiaq sendiri la..

    BalasPadam
  4. retak cari belah ini peluang yg baik untuk keluar dari bn dan masok kat dap

    BalasPadam
  5. keluar bn masuk gagasan sejahtera pun ok

    BalasPadam
  6. Ada lagi ke akar umbi Gerakan nih? Satu kerusi pun tarak...akarumbi apa?

    BalasPadam