Header Ads

ads header

Flash News

Isu JAKIM kini parti AMANAH menjadi “pasu bunga”


Seorang penulis Omar Mohamad menulis, Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad ditanya seorang wartawan tentang pendirian kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) terhadap kedudukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), beliau kelihatan sedikit keliru.

Ia berlaku pada Pada 14 Mei lalu. Lantas perdana menteri menjawab, kedudukan institusi yang penting itu bergantung kepada laporan yang diterima kerajaan.


Jakim pernah menjadi sasaran segelintir masyarakat yang tidak senang dengan pendirian badan itu terhadap isu-isu fiqh tertentu sehingga menimbulkan polemik.

Juga isu berkaitan penerbitan buku tertentu yang disifatkan tidak sesuai diedarkan di negara ini.

Lebih drastik, muncul suara-suara nakal yang melontarkan idea agresif bahawa negara ini tidak perlu kepada badan seperti Jakim. Bagi mereka urusan agama tidak boleh dikawal oleh pemerintah.

Begitulah lebih kurang justifikasi yang digunakan walaupun ia amat longgar dan mudah dipatahkan.

Menghukum Jakim hanya berdasarkan polemik yang pernah berlaku adalah amat naif. Selain itu, apakah alasan-alasan lain yang wajar mendorong idea drastik begitu?

Kemungkinan besar kelompok pembantah tidak tahu-menahu apakah peranan Jakim dalam membantu kemajuan Islam dan umat Islam di negara ini, termasuk menyelaraskan pentadbiran urusan agama antara negeri-negeri dalam Malaysia.

Juga penyaluran peruntukan kewangan dari kerajaan pusat.

Perlu pengalaman luas


Berbalik kepada insiden yang berlaku ketika sidang media yang saya nyatakan tadi.

Saya sendiri tertanya-tanya apakah sudah ada ura-ura begitu di kalangan pimpinan HARAPAN?

Apakah HARAPAN mempunyai pendirian tertentu terhadap Jakim dan institusi-institusi agama Islam yang lain - seperti Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan lain-lain?

Saya menanti reaksi rasmi lanjut kerajaan HARAPAN tentang perkara ini. Terdapat 13 agensi berkaitan Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Parti AMANAH mengganggap JAKIN dipolitikkan sebagai alat dalam kerangka negara tanpa disedari telah membelakangkan fungsi utama Raja-raja Melayu sebagai penentu dasar pentadbiran Islam sebagaimana termaktub dalam perlembagaan. Dr Mujahid dalam tulisannya mengiyakan apa yang Dr Mahathir nak buat atasa dasar kononnya jika JAKIM dihapuskan ini dapat mengembalikan fungsi Raja- raja Melayu dalam pentadbiran Islam adalah tunggak utama untuk memulakan reform atau Islah.

Yang lain diam membisu. Seolah-olah tiada pimpinan Islam dalam parti AMANAH. Tak berani komen kerana ditakuti nampak menentang Mahathir. menentang Mahathir bermakna peluang menjadi menteri yang berbaki makin tipis. Demi periuk nasi, mereka sanggup jadi PASU BUNGA.

Dulu menyerang orang lain kononnya pasu bunga, tapi kini pimpinan AMANAH ibarat pasul bunga dalam isu Islam dan JAKIM.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

9 ulasan:

  1. Tak perasan pulak klu2 bubar jakim ni ada dlm manifesto

    BalasPadam
  2. Mengapa puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi sibuk mahu menghapuskan institusi Islam seperti JAKIM yang berusaha membentuk masyarakat yang berakhlak mulia sedangkan pusat-pusat maksiat yang memusnahkan akhlak masyarakat bersepah di seluruh negara kecuali Kelantan dan Terengganu?

    BalasPadam
  3. Bila dah dpt kuasa maka macam2 boleh buat. Nk hapuskan semua umat islam dimsia pun boleh. Tapi cuba lah tgok nanti jika perkara ini terjadi. Umat islam nampak saja diam tapi ibarat api yg bergerak didalam sekam. Jangan biar trajedi 13 mei berulang dah le.

    BalasPadam
  4. Tun Mahathir Cadang Lelaki India, Kristian Dilantik Sebagai Peguam Negara?

    Sumber: http://suara.tv/02/06/2018/tun-mahtahir-cadang-lelaki-india-kristian-dilantik-sebagai-ag/

    Dalam kesibukan puak munafik dan puak kafir harbi mahu menghapuskan institusi Islam seperti JAKIM, timbul pula berita di atas.

    Inilah akibatnya bilangan pemimpin kafir lebih ramai dari pemimpin beragama Islam dalam kerajaan.

    BalasPadam
  5. pendokong kuat mendiang kassim ahmad

    BalasPadam
  6. menyorok balik pasu bunga...takut org tanya..nak jawab, takut...

    BalasPadam
  7. ALHAMDULILLAH Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V Sultan yang tegas melindungi agama Islam dan umat Islam!

    KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di katakan menolak cadangan nama yang diberikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencalonkan mereka yang bukan Melayu dan Islam sebagai Peguam Negara.

    Menurut portal The Malaysian Insight, Raja-Raja Melayu turut menyokong keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk menolak cadangan nama tersebut.

    “Sebaliknya, ada beberapa mesej dari Istana, meminta PH menggugurkan nama Thomas (dan) beberapa calon lain dikemukakan oleh Dr Mahathir termasuk seorang bekas hakim mahkamah tinggi dan seorang hakim Mahkamah Rayuan.

    “Difahamkan Raja-Raja Melayu yang lain juga menyokong pendirian Yang Di-Pertuan Agong. Mereka dikatakan bertegas seorang peguam negara hendaklah seorang Melayu dan beragama Islam,” memetik laporan yang dikeluarkan oleh portal tersebut.

    Sumber: http://suara.tv/02/06/2018/agong-tolak-cadangan-tunm-lantik-bukan-melayu-islam-sebagai-peguam-negara/

    BalasPadam
  8. Meskipun suara Melayu dalam PH nampak ramai tetapi suara tersebut terbahagi kepada 4 kumpulan. Yakni suara setiap satu kumpulan adalah kerdil.

    Meskipun terbahagi 4 namun masih ada ruang untuk suara itu jadi lantang kalau semua itu sanggup bersepadu.

    Namun di situ ada halangan. Ada tangan2 ghaib yang menghalang. Ada halangan yang sukar dilanggari.

    Kini tanpa ada kesepaduan suara, suara yang dimiliki secara berpisah itu akan terus kerdil.

    Makanya jangan terlalu mengharap suara kerdil ini akan jadi lantang dan mampu mengubah kesenyapan siang.

    BalasPadam



  9. Saya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.

    Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.

    saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.

    Pembayaran yang fleksibel,
    Suku bunga rendah,
    Layanan berkualitas,
    Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan

    Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)

    Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)

    BalasPadam