Header Ads

ads header

Flash News

Jamal tawar diri sebagai regu Anwar untuk pemilihan Umno


PETALING JAYA: Pemimpin Umno yang dalam persembunyian, Datuk Seri Jamal Yunos mencadangkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding jawatan presiden Umno pada pemilihan parti 30 Jun ini.

Ketua Umno Sungai Besar itu berkata dia mahu Anwar, bekas timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri dari 1993 hingga 1998, pulang ke parti lamanya dan merebut jawatan nombor 1 parti itu.

Beliau berkata demikian semasa mengesahkan hasrat untuk bertanding jawatan ketua Pemuda.

Zahid juga berkata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi patut bertanding jawatan timbalan presiden.

“Saya mencadangkan untuk pemilihan akan datang ini supaya Anwar sebagai presiden Umno dan Zahid sebagai timbalan presiden,” katanya dalam satu video hari ini.

Bagi jawatan naib presiden, pasukan impiannya terdiri daripda Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin minggu lepas berkata dia tidak akan menyertai pertandingan jawatan pusat pada pemilihan kali ini.

Jamal menawarkan dirinya sebagai ketua Pemuda untuk membantu parti menghadapi masa yang sangat mencabar.

Beliau mahu membangunkan kembali Pemuda supaya sayap itu menjadi bermaruah dan terus dihormati.

Jamal berkata demikian berlatarkan carta yang memaparkan gambar pemimpin-pemimpin untuk jawtan-jawtan yang dia cadangkan itu.

Pemimpin Umno ini mula mengisytiharkan hasrat untuk bertanding pada 3 Jun lalu.

Jamal tidak dapat dikesan pihak berkuasa selepas 3 pertuduhan dibacakan terhadapnya di Hospital Pakar Ampang Puteri, 25 Mei lalu, di mana dia sedang dirawat.

Beliau mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM3,000 untuk setiap kesalahan.

Peguamnya berkata Jamal tidak dapat dihubungi dan spekulasi mengatakan dia berada di luar negara.




......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

2 ulasan:

  1. Kenapa pulak nak suruh bakal pemilik kerusi Moi (8) supaya dukung beawak hidup. Ish ish mengarutlah.

    BalasPadam
  2. Hehe...mabuk ketum dah si jamal nih....BN dah nak karam macam2 jamal melalut

    BalasPadam