Header Ads

ads header

Flash News

Jangan hapuskan hukuman mati hanya kerana Sirul, kata Ramkarpal


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh hari ini mempersoalkan pengumuman kerajaan untuk menimbangkan pemansuhan hukuman mati, iaitu sama ada ia dibuat semata-mata untuk mengekstradisi Sirul Azhar Umar dari Australia.

Dalam satu kenyataan, beliau mengalu-alukan pengesahan Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail semalam bahawa Putrajaya sedang menimbangkan penghapusan hukuman mati di negara ini.

Bagaimanapun katanya, tidak jelas sama ada Wan Azizah mengetengahkan langkah itu bagi membolehkan ekstradisi Sirul, yang disabitkan membunuh warga Mongolia, Altantunya Shaariibuu pada 2006.

“Perlu ditegaskan hukuman mati dimansuhkan kerana prinsip, bukan hanya untuk memudahkan Sirul dibawa balik ke Malaysia kerana ia merupakan hukuman yang tidak berperikemanusiaan, dan banyak kajian menunjukkan ia bukan hukuman pencegahan yang berkesan,” katanya.

Ramkarpal yang pernah menyuarakan bantahan terhadap hukuman mati sebelum ini berkata, kerajaan perlu mempunyai keazaman politik untuk memansuhan hukuman itu sepenuhnya dan mengenakan penangguhan ke atas tahanan yang sedang menunggu pelaksanaan hukuman itu.

“Terdapat beberapa sabitan jenayah yang mengenakan hukuman mati, dan kesemuanya hendaklah dipinda dalam persidangan Parlimen akan datang bagi memulakan proses penghapusan hukuman tersebut di negara ini.”

Wan Azizah berkata Putrajaya sedang menimbangkan untuk menghapuskan hukuman mati dalam undang-undang berkaitan kesalahan jenayah, yang akan memaksa Australia menghantar balik Sirul.

“Kita sedang berbincang sama ada kita perlu mengubah hukuman atau menggantikannya dengan penalti lain,” kata beliau.

Ramkarpal berkata sekiranya hukuman mati dihapuskan, Sirul mungkin akan diekstradiksi ke negara ini kerana Australia tidak lagi mempunyai alasan untuk terus menahan beliau di sana.

“Malah sekiranya Australia terus berbuat demikian setelah hukuman mati dihapuskan, ia akan dilihat sebagai melindungi seorang pembunuh yang disabitkan kesalahan tanpa justifikasi.

“Ini boleh menggugat hubungan 2 hala antara Malaysia dan Australia, selain mencemar imej negara itu di mata dunia,” katanya.

Sirul dan rakan subahat beliau Azilah Hadri dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantunya pada 2009.

Sabitan itu dibatalkan pada 2013 selepas timbul persoalan berkaitan cara perbicaraan mereka dijalankan.

Bagaimanapun pada 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan sebelum itu. Sirul melarikan diri ke Australia sebelum mahkamah membuat keputusan.

Undang-undang Australia tidak membenarkan Sirul dihantar balik ke Malaysia kerana hukuman mati yang dihadapinya.

Dalam pada itu, Azilah kini menunggu hukuman dijalankan ke atasnya di penjara Kajang.


MR : Hukuman mati bagi undang2 sekular tidak tepat kerana bukti baru ditemui kemudian membuatkan orang yang mati tidak dapat dihidupkan semula setelah hukuman....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Jika anda laksanakan hukum Islam, anda mengembirakan Allah dan balasan syurga untuk anda.

    Jika anda menolak hukum Islam dan melaksanakan hukum sekular liberal, anda mengembirakan kepala bapak sekular liberal , syaitan dan iblis kerana mereka amat mengharapkan anda menemani mereka di neraka.

    BalasPadam