Header Ads

ads header

Flash News

Kenaikan tarif elektrik bermula 1 Julai 2018


RAKYAT akan dibebankan dengan kenaikan kos sara hidup bermula 1 Julai ini dengan kenaikan tarif elektrik kepada pengguna komersial. Perlu difahami bahawa, walaupun kenaikan ini hanya melibatkan pengguna komersial, tetapi kesan kepada kenaikan kos sara hidup akan tetap dirasai oleh rakyat biasa dari semua peringkat.

Pendapat ini disokong oleh Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman. Beliau berkata walaupun peningkatan tarif elektrik berkenaan hanya membabitkan sektor komersial, timbul kebimbangan pengilang dan peniaga meletakkan kos berkenaan kepada pengguna. Ini disebabkan segelintir pihak yang sentiasa mengambil peluang dengan menaikkan harga barangan jualan masing-masing apabila berlakunya peningkatan kadar caj bahan api, elektrik dan air.

Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia ditetapkan menerusi sistem kawal selia berasaskan insentif (IBR) yang merangkumi mekanisme Pelepasan Kos Ketidakseimbangan (ICPT) dilaksanakan pada Januari 2014.

ICPT membolehkan kerajaan menyemak semula kadar tarif setiap 6 bulan berdasarkan perubahan harga bahan api dan penjanaan. Bagi kenaikan kali ini, ia adalah disebabkan oleh kenaikan harga arang batu yang digunakan untuk penjanaan elektrik. Menurut maklumat daripada Suruhanjaya Tenaga (ST), badan yang mengawal selia tarif elektrik, bagi Januari hingga Jun 2018, harga arang batu meningkat kepada USD 91.66 / setan metrik berbanding harga diunjurkan dalam tarif asas, iaitu USD 75 / setan metrik. Ini merupakan faktor utama menyebabkan kos penjanaan sebenar meningkat sebanyak RM 698.19 juta bersamaan 1.35 sen / kWj. Kos ini seterusnya akan ditanggung oleh pengguna, yakni rakyat Malaysia.

Tidak ada bezanya antara apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang dengan apa yang Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini lakukan dari segi menjaga kebajikan rakyat. Kedua-dua kerajaan ini hanya mementingkan sektor korporat dan mengenepikan soal kesusahan hidup rakyat. Kenaikan kos elektrik ini adalah antara kenaikan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung rakyat selepas kerajaan baru ini berkuasa. Sama sahaja seperti apabila Kerajaan BN menang pada PRU ke-13, rakyat terus dibebani dengan pelbagai kenaikan kos barangan asas dan diperkenalkan GST.

Walaupun GST kini dihapuskan, menjelang September nanti, cukai SST akan diperkenalkan semula. Dengan tarif SST sebanyak 10 peratus, ini sudah tentu akan semakin membebankan rakyat.

Sebab itulah cadangan daripada PAS dan Gagasan Sejahtera dalam PRU yang lepas adalah berkenaan perubahan dasar dan polisi. Dasar pemerintahan berkebajikan untuk memberi kesejahteraan untuk rakyat.

Semoga tempoh masa menjelang PRU ke-15 nanti, rakyat akan memberikan peluang kepada PAS untuk menerangkan konsep dan dasar ini secara lebih meluas dan dibincangkan secara profesional. Pada masa yang sama, PAS membuka seluas-luasnya ruang untuk perbincangan dengan kerajaan sekarang bagi meneliti cadangan PAS dalam Wawasan Induk Negera Sejahtera 2051 (WINS2051) dan perincian pelaksanaan di dalam Dokumen Hijau.

Apa yang penting, rakyat akan mendapat hasil daripada cadangan dan dasar yang diutarakan oleh PAS ini apabila ia dilaksanakan oleh kerajaan. Sekarang adalah masa untuk berkhidmat untuk rakyat dan PAS bersedia untuk bersama-sama membantu memajukan negara.

IR KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
30 Jun 2018


MR : Walaupun kenaikan ini untuk pengguna komersial, tetapi sedikit sebanyak mempengaruhi kenaikan harga keperluan awam....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Wah syabas kepada pengundi pakatan dan kera jaan pakatan kerana berjaya mengekslkan tol, menaikan tarrif elektrik, harga minyak 97 dan menetapkan harga minyak 95 bukan RM1.50 dan menaikkan harga barang keperluan asas dan membuang semua janji pakatan ke laut.

    Maka rakyat sudah tentu gembira memikul biawak pakatan hidup.

    Nanti PRU 15, pakatan ke laut !

    BalasPadam
  2. Welcome to tun mahathir era 22 thn dulu. Siaplah poket2 kalian. Tak bljr dr sjrh mcm ni lah jd nya.
    # Rindu zaman tun

    BalasPadam