Header Ads

ads header

Flash News

Jong-un Bawa Tandas Peribadi Ketika Jumpa Trump


INI mungkin pelik bagi anda. Tetapi, pemimpin Korea Utara Kim Jong-un membawa bersamanya tandas peribadi ke mana-mana beliau pergi waima jika berkunjung ke luar negara.

Mungkin aneh tetapi itu jugalah yang dibawa bersama ke Singapura ketika menghadiri sidang julung kali bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Hotel Capella, Sentosa kelmarin.

Demikian menurut agensi berita Korea Selatan, Chosunilbo yang melaporkan bahawa selain kereta limosin beliau, Jong-un tiba di negara itu dengan tandas peribadinya yang diangkut pesawat Boeing 747 milik Air China.


Menurut Lee Yun-Keol, seorang bekas pegawai di Unit Pengawal Keselamatan, itu sudah menjadi antara barangan yang perlu dibawa bersamanya apabila ke luar negara, lapor Washington Post pula.

Apakah sebabnya? Pemerintah Korea Utara sebenarnya mahu melindungi ketulan najisnya daripada cuba dicuri oleh pihak musuh yang berniat jahat dan dengki dengan negara komunis itu!

“Najis pemimpin ini sebetulnya mengandungi banyak maklumat penting tentang status kesihatan dirinya, lantas ia tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja dalam sistem kumbahan awam,” jelas Yun-keol.

Malah, agensi berita DailyNK melaporkan bahawa terdapat sebuah tandas khas mudah alih yang dibawa bersama dalam mana-mana konvoi Jong-un apabila beliau ulang-alik di sekitar negaranya sendiri.

“Ada beberapa kenderaan dalam konvoi itu agar orang ramai tidak dapat kesan kereta Jong-un dan juga terdapat sebuah kereta yang angkut tandas peribadinya,” menurut sumber kepada DailyNK. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 ......


 Ini adalah lawak daripada FreakingNews.com


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

Tiada ulasan