Header Ads

ads header

Flash News

95% Cina tapi hanya 30% Melayu sokong PH mengikut kajian


KUALA LUMPUR: Kira-kira 95% pengundi Cina memilih Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu, berbanding 85% yang menyokong gabungan Pakatan Rakyat yang kini telah terbubar pada PRU13, lapor Straits Times (ST).

Bagaimanapun, hanya 25-30% pengundi Melayu memilih PH, laporan itu menambah dengan menunjukkan angka daripada Merdeka Center. Manakala kira-kira 35-40% pengundi Melayu memilih Barisan Nasional (BN) dan 30-33% menyokong PAS.

Laporan itu berkata walaupun terdapat peratusan tinggi dalam kalanagan orang Melayu mengundi PH di Johor dan di negeri pantai barat seperti Melaka dan Negeri Sembilan, sokongan Melayu kepada PH keseluruhannya menurun disebabkan prestasi lemah di Kelantan dan Terengganu.

Kira-kira 70-75% pengundi India menyokong PH, menurut angka itu lagi.

Akhbar itu mengingatkan pecahan undi Melayu akan memberi implikasi besar dalam pilihan raya akan datang, memandangkan PH, BN dan PAS berjuang untuk sokongan mereka.

Ia memetik pengurus penyelidikan Merdeka Centre, Tan Seng Keat berkata walaupun ramai penyokong BN tradisional tidak berpuas hati dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkannya, mereka juga tidak mempercayai PH.

Ini kerana sesetengah orang Melayu mempercayai bahawa PH dikawal oleh DAP yang dikuasai oleh kaum Cina.

“Indoktrinasi bertahun-tahun itu tidak dapat diubah dalam beberapa hari berkempen walaupun dengan Tun Dr Mahathir Mohamad salah seorang anggota PH. Bagi mereka, Umno adalah parti untuk orang Melayu dan Islam. Mereka berasa selamat,” kata Tan kepada ST.

Laporan itu, yang memetik penganalisis, berkata pecahan undi Melayu bermakna pemimpin PH harus menangani dengan teliti berkaitan isu yang dianggap sensitif terhadap orang Melayu jika mahu meraih kepercayaan mereka.

Manakala Umno dan PAS akan berusaha lebih kuat untuk meyakinkan orang Melayu dengan menggunakan bangsa dan agama, kata mereka.

Menurut laporan itu, ini dapat dilihat dalam tindak balas Melayu terhadap pelantikan bukan Melayu sebagai menteri kewangan dan Peguam Negara oleh PH. Lim Guan Eng dari DAP adalah menteri kewangan manakala Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara.

Penganalisis juga mengingatkan PH terhadap apa-apa “pergerakan pantas berkenaan isu sensitif”.

ST memetik Amir Fareed Rahim, penganalisis dari perunding politik Kumpulan KRA, sebagai berkata: “Jika PH meneruskan apa yang dilihat sebagai agenda ‘liberal’ seperti mencabar Raja-raja Melayu, dan jika Umno tidak bersedia dalam 5 tahun, orang Melayu akan menyokong PAS. ”

Laporan itu menyebut beberapa pemimpin Umno dan PAS berkata kedua-dua parti itu perlu bekerjasama menentang PH.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman baru-baru ini berkata: “Gabungan ini (Umno dan PAS) mampu mencabar kerajaan dan penyokongnya yang menghina Melayu dan Islam sejak kebelakangan ini.”

Namun, ST melaporkan, saintis politik Dr Wong Chin Huat dari Penang Institute, mempunyai pemikiran yang berbeza. Beliau percaya kira-kira lebih 20% orang Melayu akan sentiasa menyokong kerajaan hari itu.

“Oleh itu, saya percaya PH sekarang mempunyai sokongan, jika tidak lebih, 50% sokong dalam kalangan orang Melayu selepas pilihan raya,” katanya.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

2 ulasan:

  1. Yang membetuk minda dan kemasukkan jarum anti-dedap adalah bukan orang lain tapi semua sudah sedia mengenalinya: Moi(4) dan Joseph Goblok versi lokal.

    Lojik akal mengatakan kalau dua2 mesin propa berkenaan tetiba muncul tercegat di pusat, sokongan dan dokongan harus datangnya dari minda2 anti-dedap.

    Kini sejarah terbina, mesin propaganda anti-dedap telahpun mengisi kedudukan tinggi di pusat.

    Sangkaannya ialah semua itu atas usaha dan kerja keras Pak Man dan Mek Moon (anti-dedap). Nah, sangkaan meleset.

    Fakta sahih menunjukkan bukan Man dan Moon yang mereslisasikan deportasi dua mesin propaganda anti-dedap ke pusat.

    Dan fakta yang benar tapi sungguh aneh ialah pihak yang memberikan 95% sokongan tidak berbelah bahagi pada mesin propa anti-dedap adalah pro-dedap jua.

    Pertanyaannya ialah apa ertinya data dan fakta ini. Betulkah analisis yang dibuat. Apa yang melata dan paling utama apa yang tersembunyi.

    BalasPadam
  2. Setakat ini tiada langsung faktor wowww yang dilakukan oleh PH yang boleh dibanggakan oleh rakyat...apa yang sibuk dicanangkan ialah soal hutang kerajaan lama...memecat atau menyingkir kakitangan kerajaan dengan kaedah tekanan...kitar semula kawan kawan lama...PH seolah olah masih dalam perangkap minda pembangkang serta misi membalas dendam terhadap musuh politik . PH ibarat tukang rumah yang hanya tahu menyalahkan tukang sebelumnya namun mereka sendiri tidak tahu solusi bagaimana. Sebelum ini mereka begitu galak menyemarakkan api cerita pembohongan dan fitnah namun orang melayu di negeri negeri yang lebih tebal imannya seperti kedah,kelantan,terengganu,pahang,perlis...mereka orang melayu tidak membuta tuli menelan semua janji manis PH...kemarahan sementara rakyat terhadap BN akan berbalik kepada PH sekiranya PH masih syok sendiri yang akhirnya Melayu merasa ancaman terhadap agama,bangsa dan keistimewaan yang pernah dikecapi selama ini. Wadah pilihan untuk orang melayu yang paling sesuai adalah PAS kerana sejarah membuktikan PAS dalam waktu berjuang meninggikan Islam tapi pada waktu yang sama PAS tidak rasis seperti umno,mca,mic,dap dan juga menidakkan keperluan orang bukan melayu atau bukan Islam .Untuk rekod, pemimpin PAS lebih hidup sederhana,membelanjakan harta lebih berhemah,lebih berintegriti,mementingkan keadilan menyeluruh,boleh mentadbir dalam suasana kekurangan sumber hasil,tekanan,dipinggirkan... membuatkan PAS lebih tabah dan tahan uji.

    BalasPadam