Header Ads

ads header

Flash News

PH lemah hadapi kritikan


1) Dah ramai yang merungut kata macai PH hati tisu. Tak boleh kritik kerajaan PH langsung, depa punya tindakbalas punya hawau. Macai BN dulu pun tak macam tu punya hawau backup kerajaan BN. Ketahuilah macai PH sama tisu backup PH macam walaun PAS backup PAS.

2) Apa yang kerajaan PH buat semua dianggap betul, sohih, bijak, pandai, genius dan berwawasan. Yang mengkritik kerajaan PH dianggap bodoh, lembab, tak cerdik, macai BN, dan bangang. Pakat troll habis orang yang mengkritik, tapi ayat tak boleh blah... mahu pembangkang yang kuat, check and balance.

3) Walhal kita sendiri pun kena baiki cara kita terima kritikan. Suruh orang kritik tapi kita bodoh untuk menerima kritikan, tak jadi jugak bro. Apabila kita nak pembangkang jadi cerdik, kita lah kena terlebih dahulu jadi cerdik untuk terima kritikan.

4) Tak salah pun kita terima kritikan dengan cara berlapang dada dan mengaku kelemahan. Belum 100 hari pun... apa salahnya mengaku kelemahan. Normal laa tak sampai 100 hari lagi...memang masih banyak kelemahan. Takkan 30 hari jadi kerajaan dah powerful hebat bagai sampai orang takleh kritik dah?

5) Kita perli BN untuk kasi tuisyen cara-cara nak jadi pembangkang yang baik. Kita ni macam lah bagus sangat jadi kerajaan, baru 30 hari bhai. Tak payah perasan hebat. Fokus, dan belajar jadi kerajaan yang baik dan boleh terima kritikan. Orang kritik hal manifesto je pun dah melenting. Cool je. Takyah layan. Lambat lagi nak beranak.

Sekian

Dr Tanaka Mustafa

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

3 ulasan:

  1. 22 tahun Pak ISA berkhidmat dengan penuh dedikasi dalam mengekang kebanjiran dan kemaraan para2 mulut tempayanis, anarkis, RACEis, analis dan politikis.

    Namun itu sejarah. Sejarah mencatatkan dai itu telah lama dibersarakan oleh Kleptokis dalam majlis penuh nostalgis. Kini ianya milik arkeolojis.

    Tanpa Pak ISA, semua kerja bertambah2. Tanpanya, banyak kaki yang perlu menendang dan membuat flying kick, banyak tangan yang perlu menulis dan defensif, mulut2 kena bercakap dan mengomel2 dan otak2 udabg kena berputar ligat 24/7.

    Dan bila habuk mula mendap, bila Kleptokis akan membayar dengan harga yang mahal: gas naik, petrol naik; collateral damage adalah pihak yang paling terkesan dan terbeban.

    BalasPadam
  2. Sy hilang respek dgn penyokong PH..PAS difitnah & dikutuk2 kaw2 sedangkan kemenangan ini adalah kuasa Allah..mereka menafikan itu sume & mengejek PAS dgn teruk..sedangkn kt di PAS bersyukur gk dgn kemenangan mereka

    BalasPadam