Header Ads

ads header

Flash News

JPJ akan saman pemilik kenderaan gagal tukar beg udara Takata


PUTRAJAYA: Saman akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang gagal mematuhi arahan menukar beg udara Takata, selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghantar notis kepada mereka, kata Anthony Loke Siew Fook.

Menteri pengangkutan berkata, penukaran beg udara Takata yang bermasalah bagi semua jenama kenderaan adalah percuma.

Katanya, sebanyak 358,233 kenderaan buatan Toyota, Nissan, Honda, BMW, Mitsubishi, Subaru, Mazda dan Lexus belum menukar beg udara Takata yang bermasalah.

Sabtu lalu, Loke berkata, Kementerian Pengangkutan sudah mengarahkan JPJ tidak membenarkan pembaharuan cukai jalan kepada pemilik kenderaan belum menukar beg udara Takata yang bermasalah.

Beliau berkata, arahan itu berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, 8 kes kemalangan jiwa membabitkan beg udara Takata berlaku di Malaysia setakat ini dan beliau menggesa pemilik syarikat kereta lain yang menggunakan beg udara sama, memberi data pemilik kenderaan belum menukar beg udara kepada JPJ.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

4 ulasan:

  1. pihak yang membekalkan bahan yang 'terlarang' tidak disaman in the first place

    pihak yang diberikan bahan terlarang dan enggan menukarkannya kerana faktor masa dan wang ringgit pula yang akan kena saman

    Ohh harapan 1001 baru

    BalasPadam
  2. Mcm mana nak tahu jenis tu? Nak tengok kat mana? Boleh sape2 tlg bagitau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada surat recalled?
      kalau tak ada masuk laman web pengimport, semak nama dan jenis kereta, dan semak sama ada airbag bermasalah untuk atau tidak untuk model kereta yang dimiliki.

      Padam
  3. Orang bijak mempunyai sesuatu nak cakapkan

    Orang bodoh perlu bercakap sesuatu

    BalasPadam